Nabi Ayub as menggambarkan
sosok manusia yang paling sabar, bahkan bisa dikatakan bahawa beliau
berada di puncak kesabaran. Sering orang menisbatkan kesabaran kepada
Nabi Ayub. Misalnya, dikatakan: seperti sabarnya Nabi Ayub. Jadi, Nabi
Ayub menjadi simbol kesabaran dan cermin kesabaran atau teladan
kesabaran pada setiap bahasa, pada setiap agama, dan pada setiap
budaya. Allah s.w.t telah memujinya dalam kitab-Nya yang berbunyi:
“Sesungguhnya Kami dapati
dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya
dia amat taat (kepada Tuhannya).” (QS. Shad: 44)
Yang di maksud al-Aubah ialah
kembali kepada Allah s.w.t. Nabi Ayub adalah seseorang yang selalu
kembali kepada Allah s.w.t dengan zikir, syukur, dan sabar.
Kesabarannya menyebabkan beliau memperoleh keselamatan dan rahsia
pujian Allah s.w.t padanya.
Al-Quran al-Karim tidak
menyebutkan bentuk dari penyakitnya, dan banyak cerita-cerita dongeng
yang mengemukakan tentang penyakitnya. Dikatakan bahawa beliau terkena
penyakit kulit yang dahsyat sehingga manusia-manusia enggan untuk
mendekatinya. Dalam cuplikan kitab Taurat disebutkan berkenaan dengan
Nabi Ayub: “Maka keluarlah syaitan dari haribaan Tuhan dan kemudian
Ayub terkena suatu luka yang sangat mengerikan dari ujung kakinya
sampai kepalanya.” Tentu kita menolak semua ini sebagai suatu hakikat
yang nyata. Kami pun tidak mentolerir jika itu dianggap sebagai
perbuatan seni semata. Perhatikanlah ungkapan dalam Taurat: “Kemudian
syaitan keluar dari haribaan Tuhan kita,” sebagai orang-orang Muslim,
kita mengetahui bahawa syaitan telah keluar dari haribaan Tuhan sejak
Allah s.w.t menciptakan Adam as. Maka, kapan syaitan kembali ke riba
Tuhan? Kita berada di hadapan ungkapan seni, tetapi kita tidak berada
di hadapan suatu hakikat.
Lalu, bagaimana hakikat sakitnya
Nabi Ayub dan bagaimana kisahnya? Yang popular tentang cubaan Nabi Ayub
dan kesabarannya adalah riwayat berikut: para malaikat di bumi
berbicara sesama mereka tentang manusia dan sejauh mana ibadah mereka.
Salah seorang di antara mereka berkata: “Tidak ada di muka bumi ini
seorang yang lebih baik daripada Nabi Ayub. Beliau adalah orang mukmin
yang paling sukses, orang mukmin yang paling agung keimanannya, yang
paling banyak beribadah kepada Allah s.w.t dan bersyukur atas
nikmat-nikmat-Nya dan selalu berdakwah di jalan-Nya.” syaitan
mendengarkan apa yang dikatakan lalu ia merasa terganggu dengan hal
itu. Kemudian ia pergi menuju ke Nabi Ayub dalam rangka berusaha
menggodanya tetapi Nabi Ayub adalah seorang Nabi di mana hatinya
dipenuhi dengan ketulusan dan cinta kepada Allah s.w.t sehingga syaitan
tidak mungkin mendapatkan jalan untuk mengganggunya.
Ketika syaitan berputus asa dari
mengganggu Nabi Ayub, ia berkata kepada Allah s.w.t: “Ya Rabbi,
hamba-Mu Ayub sedang menyembah-Mu dan menyucikan-Mu namun, ia
menyembah-Mu bukan kerana cinta, tapi ia menyembah-Mu kerana
kepentingan-kepentingan tertentu. Ia menyembah-Mu sebagai balasan
kepada-Mu kerana Engkau telah memberinya harta dan anak dan Engkau
telah memberinya kekayaan dan kemuliaan. Sebenarnya ia ingin menjaga
hartanya, kekayaannya, dan anak-anaknya. Seakan-akan berbagai nikmat
yang Engkau kurniakan padanya adalah rahsia dalam ibadahnya. Ia takut
kalau-kalau apa yang dimilikinya akan binasa dan hancur. Oleh kerana
itu, ibadahnya dipenuhi dengan hasrat dan rasa takut. Jadi, di dalamnya
bercampur antara rasa takut dan tamak, dan bukan ibadah yang murni
kerana cinta.”
Riwayat tersebut mengatakan bahawa
Allah s.w.t berkata kepada iblis: “Sesungguhnya Ayub adalah hamba yang
mukmin dan sejati imannya. Ayub menjadi teladan dalam keimanan dan
kesabaran. Aku membolehkanmu untuk mengujinya dalam hartanya. Lakukan
apa saja yang engkau inginkan, kemudian lihatlah hasil dari apa yang
engkau lakukan.”
Akhirnya, syaitan pergi dan
mendatangi tanah Nabi Ayub dan berbagai tanaman dan kenikmatan yang
dimilikinya. Kemudian syaitan itu menghancurkan semuanya. Keadaan Nabi
Ayub pun berubah dari puncak kekayaan ke puncak kefakiran. Kemudian
syaitan menunggu apa tindakan Nabi Ayub. Nabi Ayub berkata: “Oh musibah
dari Allah s.w.t. Aku harus mengembalikan kepada-Nya amanat yang ada
di sisi kami di mana Dia saat ini mengambilnya. Allah s.w.t telah
memberi kami nikmat selama beberapa masa. Maka segala puji bagi Allah
s.w.t atas segala nikmat yang diberikannya, dan Dia mengambil dari kami
pada hari ini nikmat-nikmat itu. Bagi-Nya pujian sebagai Pemberi dan
Pengambil. Aku dalam keadaan redha dengan keputusan Allah s.w.t.
Dia-lah yang mendatangkan manfaat dan mudarat. Dia-lah yang redha dan
Dialah yang murka. Dia adalah Penguasa. Dia memberikan kerajaan kepada
siapa yang di kehendaki-Nya, dan mencabut kerajaan dari siapa yang
dikehendaki-Nya; Dia memuliakan siapa yang dikehendaki-Nya dan
menghinakan siapa yang dikehendaki- Nya.” Kemudian Nabi Ayub sujud dan
Iblis tampak tercengang melihat pemandangan tersebut.
Lalu syaitan kembali kepada Allah
s.w.t dan berkata: “Ya Allah, jika Ayub tidak menerima nikmat kecuali
dengan mengatakan pujian, dan tidak mendapatkan musibah kecuali
mendapatkan kesabaran maka hal itu sebagai bentuk usahanya kerana ia
mendapatkan anak. Ia mengharapkan dengan melalui mereka kekayaannya
meningkat dan melalui mereka ia dapat menjalani kehidupan yang lebih
mudah.” Riwayat mengatakan bahawa Allah s.w.t membolehkan bagi syaitan
untuk berbuat apa saja kepada anak-anak Ayub. Kemudian syaitan
menggoncangkan rumah yang di situ anak-anaknya tinggal sehingga mereka
semua terbunuh. Dalam keadaan demikian, Nabi Ayub berdialog kepada
Tuhannya dan menyeru: “Allah memberi dan Allah mengambil. Maka bagi-Nya
pujian saat Dia memberi dan mengambil, saat Dia murka dan redha, saat
Dia mendatangkan manfaat dan mudarat. Kemudian Ayub pun sujud dan iblis
lagi-lagi tampak tercengang dan merasa malu.”
Iblis kembali menemui Allah s.w.t
dan mengatakan bahawa Ayub dapat bersabar kerana badannya sehat.
Seandainya Engkau memberi kekuasaan kepadaku, ya Rabbi, untuk
mengganggu badannya nescaya dia akan berhenti dari kesabarannya.
Riwayat mengatakan bahawa Allah s.w.t menginzinkan syaitan untuk
mengganggu tubuh Ayub. Dikatakan bahawa syaitan memukul tubuh Nabi Ayub
dari kepalanya sampai kakinya sehingga Nabi Ayub sakit kulit di mana
tubuhnya membusuk dan mengeluarkan nanah, bahkan keluarganya dan
sahabat-sahabatnya meninggalkannya kecuali isterinya. Namun lagi-lagi
Nabi Ayub tetap bersabar dan bersyukur kepada Allah s.w.t. Beliau
memuji-Nya pada hari- hari kesehatannya dan ia tetap memuji Allah s.w.t
saat mendapatkan ujian sakit. Dalam dua keadaan itu, Nabi Ayub tetap
bersabar dan bersyukur kepada Allah s.w.t.
Melihat pemandangan itu, amarah
syaitan semakin meningkat namun ia tidak mengetahui apa yang harus
dilakukannya. Di sini syaitan mengumpulkan para penasihatnya dari
pakar-pakar dan ia menceritakan tentang kisah Ayub dan meminta mereka
mengeluarkan pendapat—setelah ia menyampaikan rasa putus asanya saat
menggodanya atau mencuba menghilangkan sifat sabarnya dan syukurnya.
Salah seorang syaitan berkata:
“Sungguh engkau telah mengeluarkan Adam bapak manusia dari syurga, lalu
dari mana engkau mendatanginya? Oh, yang engkau maksud adalah Hawa?”
Terbukalah di hadapan Iblis suatu ide yang baru. Lalu ia pergi ke
isteri Ayub dan memenuhi hatinya dengan rasa putus asa sehingga ia
pergi ke Ayub dan berkata padanya: “Sampai kapan Allah s.w.t
menyiksamu? Di mana harta, keluarga, teman dan kaum kerabat? Di mana
masa jayamu dan kemuliaanmu dahulu?”
Mendengar perkataan isterinya itu,
Nabi Ayub menjawab: “Sungguh engkau telah dikuasai oleh syaitan.
Mengapa engkau menangisi kemuliaan yang telah berlalu dan anak yang
telah mati?” Perempuan itu berkata: “Mengapa engkau tidak berdoa kepada
Allah agar Dia menghilangkan cubaan darimu dan menyembuhkanmu serta
menghilangkan kesedihannmu?” Nabi Ayub berkata: “Berapa lama kita
merasakan kebahagiaan?” Isterinya menjawab: “Delapan tahun.” Ayub
berkata: “Berapa lama kita mendapat penderitaan?” Isterinya menjawab:
“Tujuh tahun.” Ayub berkata: “Aku malu jika aku meminta agar Allah
s.w.t melepaskan penderitaanku ketika aku melihat masa kebahagiaanku.
Sungguh imanmu tampak melemah dan keputusan Allah s.w.t membuat hatimu
menjadi sempit. Seandainya aku sembuh dan kembali kepada kekuatanku,
nescaya aku akan memukulmu dengan seratus kali pukulan dari tongkat.
Sejak hari ini, aku tidak memakan dari makananmu dan dari minumanmu
atau memerintahkanmu untuk melakukan suatu urusan. Maka pergilah kau
dariku.”
Akhirnya, isteri Nabi Ayub pergi
sehingga Nabi Ayub tinggal sendirian dalam keadaan sabar menanggung
penderitaannya. Penderitaan yang seandainya ditimpakan kepada gunung
nescaya gunung tidak akan mampu menahannya. Kemudian Nabi Ayub berdoa
kepada Allah s.w.t dalam keadaan penuh kasih sayang dan meminta belas
kasih kepada-Nya. Beliau berdoa agar Allah s.w.t menyembuhkannya. Dan
akhirnya, doanya dikabulkan oleh Allah s.w.t. Demikianlah riwayat yang
popular berkenaan dengan penderitaan Nabi Ayub dan kesabarannya.
Menurut hemat kami riwayat ini
palsu kerana ia sesuai dengan teks Taurat yang menjelaskan sakitnya
Nabi Ayub. Begitu juga kami tidak menerima jika dikatakan bahawa
penyakitnya sangat buruk sekali yang menyebabkan masyarakat lari
darinya sebagaimana dikatakan oleh dongeng-dongeng kuno. Bagi kami,
riwayat semacam itu bertentangan dengan kedudukan kenabian. Yang perlu
kita perhatikan dan perlu kita pastikan adalah apa-apa yang telah
disampaikan oleh Al-Quran berkenaan dengan cerita Nabi Ayub. Al-Quran
adalah kitab satu-satunya yang pasti benar yang tiada kebatilan di
depan dan di belakangnya.
Allah s.w.t berfirman:
“Dan (ingatlah kisah) Ayub
ketika ia menyeru Tuhannya: (‘Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah
ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara
semua penyayang.’ Maka Kami pun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami
lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalian keluarganya
kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu
rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang
menyembah Allah.” (QS. al-Anbiya': 83-84)
Kita telah memahami bahawa Nabi
Ayub adalah hamba yang soleh dari hamba-hamba Allah s.w.t. Allah s.w.t
menginginkan untuk mengujinya dalam hartanya, keluarganya, dan
badannya. Hartanya hilang sehingga ia menjadi orang fakir setelah
sebelumnya ia termasuk orang yang paling kaya. Kemudian ia ditinggalkan
oleh isterinya dan keluarganya sehingga ia merasakan erti kesunyian
dan kesendirian lalu ia ditimpa penyakit dalam tubuhnya dan ia merasa
menderita kerananya, tetapi beliau tetap sabar menghadapi semua itu dan
tetap bersyukur kepada Allah s.w.t.
Sakit yang dideritanya cukup lama
sehingga beliau menghabiskan waktu- waktu dan hari-harinya dalam keadaan
sendirian bersama penyakitnya, rasa sedihnya, dan kesendiriannya.
Demikianlah Nabi Ayub merasakan segi tiga penderitaan. Segi tiga
penderitaan dalam hidupnya, yaitu sakit, kesedihan, dan kesendirian. Di
saat beliau mendapat cubaan seperti itu, pada suatu hari datang pada
beliau salah satu pemikiran syaitan. Fikiran itu berputar-putar di
relung hatinya; fikiran itu mengatakan padanya, wahai Ayub penyakit ini
dan penderitaan yang engkau rasakan oleh kerana godaan dariku.
Seandainya engkau berhenti sabar dalam satu hari saja nescaya
penyakitmu akan hilang darimu. Kemudian manusia-manusia berbisik-bisik
dan berkata: Seandainya Allah s.w.t mencintainya nescaya ia tidak akan
merasakan penderitaan yang begitu hebat. Demikianlah pemikiran yang
jahat itu. syaitan tidak mampu untuk mengganggu seseorang kecuali
dengan izin Allah s.w.t sebagaimana Allah s.w.t tidak menjadikan
cinta-Nya kepada manusia identik dengan kesihatan mereka. Sesungguhnya
Allah s.w.t menguji mereka sebagaimana yang dikehendaki-Nya.
Fikiran syaitan itu berputar di
sekitar hati Nabi Ayub seperti berputarnya lalat di musim panas di
sekitar kepala manusia, namun beliau mampu menghilangkan fikiran ini
dan sambil tersenyum kepada dirinya beliau berkata: “Keluarlah hai
syaitan! Sungguh aku tidak akan berhenti bersabar, bersyukur, dan
beribadah.” Akhirnya, fikiran jahat itu dengan rasa putus asa keluar
dari akal Nabi Ayub. Nabi Ayub duduk dalam keadaan marah kerana syaitan
berani untuk mengganggunya. Beliau membayangkan bahawa boleh jadi
syaitan berani menggodanya dengan memanfaatkan kesendiriannya,
penderitaannya, dan penyakitnya.
Isteri Nabi Ayub datang dalam
keadaan terlambat dan mendapati Nabi Ayub dalam keadaan marah.
Isterinya itu menutupi kepalanya dengan suatu kain tertutup. Isteri
Nabi Ayub menghadirkan atau menghidangkan makanan yang baik untuknya.
Nabi Ayub bertanya padanya: “Dari mana engkau mendapati wang?” Nabi
Ayub telah bersumpah akan memukulnya seratus kali pukulan dengan
tongkat ketika beliau sembuh, tetapi kesabarannya sungguh sangat luas
seperti sungai yang besar. Dan di waktu sore, setelah mengetahui
kehalalan makanan yang dihidangkan, beliau pun memakannya. Kemudian
Nabi Ayub keluar menuju ke gunung dan berdoa kepada Tuhannya.
Allah s.w.t berfirman:
“Dan ingatlah akan hamba
Kami Ayub ketika ia menyeru Tuhannya: ‘Sesungguhnya aku diganggu
syaitan dengan kepayahan dan seksaan’ (Allah berfirman): ‘Hentamkanlah
kakimu; inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum. Dan Kami
anugerahi dia (dengan mengumpulkan kembali) keluarganya dan (Kami
tambahkan) kepada mereka sebanyak mereka pula sebagai rahmat dari Kami
dan pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai fikiran. Dan ambillah
dengan tanganmu seikat (rumput), maka pukullah dengan itu dan janganlah
kamu melanggar sumpah. Sesungguhnya Kami mendapati dia (Ayuh) seorang
yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia sangat taat
(kepada Tuhannya).” (QS. Shad: 41-44)
Bagaimana kita memahami perkataan
Nabi Ayub, “Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan
seksaan.”? Nabi Ayub ingin mengadukan kepada Tuhannya perihal
keberanian syaitan padanya di mana syaitan membayangkan bahawa ia dapat
mengganggunya. Nabi Ayub tidak percaya bahawa sakit yang dideritanya
adalah datang kerana pengaruh syaitan.
Demikianlah pemahaman yang sesuai
dengan kemaksuman para nabi dan kesempurnaan mereka. Allah s.w.t
memerintahkan beliau untuk mandi di salah satu mata air di gunung.
Allah s.w.t memerintahkannya agar beliau minum dari mata air ini.
Kemudian Nabi Ayub melaksanakan perintah ini dan mandi serta minum.
Belum lama beliau minum pada tegukan yang terakhir sehingga beliau
merasakan sehat dan sembuh sepenuhnya dari penyakitnya. Kemudian suhu
panas dalam tubuhnya pun kembali normal seperti biasanya. Allah s.w.t
memberikan kepada Ayub dan keluarganya dan orang-orang yang seperti
mereka suatu rahmat dari sisi-Nya sehingga Nabi Ayub tidak kembali
sendirian. Allah s.w.t memberinya berlipat-lipat kekayaan dan kemuliaan
dari sisi-Nya sehingga Ayub tidak menjadi fakir.
Nabi Ayub kembali mendapatkan
kesehatannya setelah lama merasakan penderitaan dan sakit; Nabi Ayub
bersyukur kepada Allah s.w.t. Beliau telah bersumpah untuk memukul
Isterinya sebanyak seratus pukulan dengan tongkat ketika beliau sembuh.
Sekarang beliau sembuh maka Allah s.w.t mengetahui bahawa beliau tidak
bermaksud untuk memukul Isterinya. Namun agar beliau tidak sampai
melanggar janjinya dan sumpahnya, Allah s.w.t memerintahkannya agar
segera mengumpulkan seikat ranting dari bunga Raihan yang berjumlah
seratus dan hendaklah beliau memukulkan itu kepada isterinya dengan
sekali pukulan. Dengan demikian, beliau telah memenuhi sumpahnya dan
tidak berbohong. Allah s.w.t membalas kesabaran Ayub dan memujinya
dalam Al-Quran sebagaimana firman-Nya:
“Sesungguhnya Kami dapati dia
(Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia
amat taat (kepada Tuhannya).” (QS. Shad: 44)