The
Tragedy of Hamlet, Prince of Denmark
Protagonis
Hamlet ialah Putera Hamlet dari Denmark, putera kepada Raja Hamlet yang
baru mangkat, dan juga anak saudara kepada Raja Claudius, iaitu adinda dan
pewaris takhta ayahanda Hamlet. Claudius dengan tergesa-gesa mengahwini balu
kepada King Hamlet, iaitu Gertrude, ibu kepada Hamlet. Denmark telah sekian
lama bertelagah dengan negara jiran Norway, maka dijangkanya sebuah
pencerobohan yang dipimpin oleh Fortinbras sang Putera Norway.
Kisah bermula pada
suatu malam yang dingin pada musim sejuk di Elsinore iaitu istana diraja
Denmark. Para sentri Elsinore cuba meyakinkan sahabat Hamlet, iaitu Horatio
bahawa mereka telah terlihat roh Raja Hamlet dalam bentuk hantu. Hamlet
terdengar khabar itu lalu berazam untuk melihat hantu ayahandanya. Pada malam
itu, Sang Hantu tampil kepada Hamlet lalu berpesan kepadanya bahawa dia dibunuh
oleh Claudius yang mencurahkan racun ke dalam telinganya. Sang Hantu menuntut
supaya Hamlet menuntut belanya; Hamlet sudi lalu memilih untuk berpura-pura
hilang akal untuk mengelakkan rasa sangsi. Walaupun begitu, Putera Hamlet
sendiri meragui sama ada Sang Hantu boleh dipercayai.
Sambil bersibuk dengan
hal-ehwal negara, Claudius dan Gertrude cuba menangkis serangan oleh Putera
Fortinbras dari Norway. Oleh sebab risau akan ratapan Hamlet yang lama terhadap
ayahandanya serta perilakunya yang semakin tidak menentu, mereka mengutuskan
dua orang rakan seguru Hamlet, iaitu Rosencrantz dan Guildenstern untuk
mendapat tahu sebabnya. Hamlet menyambut ziarahan kawan-kawannya, tetapi cepat
sedar akan niat mereka untuk mengintip.
Polonius adalah ketua
penasihat Claudius yang dipercayai; anak lelakinya Laertes hendak menyambung
pelajaran di Perancis, sementara anak perempuannya Ophelia sedang melamar
Hamlet. Penjodohan ini tidak direstui oleh Polonius dan Laertes yang lantas
menegur Ophelia supaya membatalkan hasratnya. Sebentar kemudian, Ophelia
senyap-senyap bertemu dengan Hamlet tetapi begitu rimas dengan gelagat aneh
Hamlet hingga dia memberitahu bapanya tentang keadaan Hamlet. Polonius menyebut
akan "keghairahan cinta"[7] sebagai punca
kegilaan Hamlet lalu mengkhabarkan tentangnya kepada Claudius dan Gertrude. Di
pertemuan seterusnya, Ophelia melayan gembar-gembur Hamlet yang menuduhnya
tidak bertindak tidak senonoh, lalu diusirnya ke biara.
Hamlet tetap tidak
yakin bahawa Sang Hantu bercakap benar, tetapi datangnya sekumpulan pelakon di
Elsinore yang mengemukakan satu penyelesaian kepadanya, iaitu Hamlet akan
mengadakan pementasan untuk melakonkan semula pembunuhan ayahandanya, lalu
menentukan kebersalahan Claudius dengan meneliti tindak balasnya. Seluruh
istana berhimpun untuk menyaksikan pementasan itu dengan iringan ulasan
langsung Hamlet sepanjang cerita. Setelah menyaksikan pelakon raja dibunuh
dengan racun di dalam telinga, Claudius tiba-tiba berangkat pergi dari dewan.
Maka terbuktilah kepada Hamlet akan kebersalahan mamandanya.
Gertrude menyuruh
Hamlet ke bilik tidurnya untuk menuntut penjelasan. Dalam perjalanan, Hamlet
melintasi Claudius yang sedang berdoa tetapi teragak-agak untuk membunuhnya
atas alasan bahawa dia akan ke syurga jika mati sambil berdoa. Di bilik tidur,
berlakunya perbalahan besar antara Hamlet dengan Gertrude. Polonius yang
mengintip di sebalik dewangga terbuat bising; maka Hamlet yang menyangka itu
Claudius menikam-nikam tanpa terkawal hingga terbunuh Polonius. Maka muncullah
Sang Hantu untuk menggesa Hamlet supaya melayan Gertrude dengan sopan tetapi
berpesan semula supaya Claudius dibunuh. Gertrude yang tidak dapat melihat atau
dengar Sang Hantu itu menanggap perbualan Hamlet dengan Sang Hantu sebagai lagi
bukti bahawa anakandanya itu kurang siuman. Setelah menyorokkan mayat Polonius,
Hamlet diusir ke Inggeris oleh Claudius yang risau akan nyawanya, dengan
pengawasan ketat oleh Rosencrantz dan Guildenstern.
Dimurungkan oleh
ratapan ke atas kematian Polonius, Ophelia merayau-rayau di seluruh Elsinore
sambil menyanyikan lagu-lagu lucah. Kandanya, Laertes kembali dari Perancis,
dimarahkan oleh kematian bapanya dan kegilaan adiknya. Claudius meyakinkan
Laertes bahawa Hamlet satu-satunya yang bertanggungjawab; kemudian tibanya
khabar bahawa Hamlet masih bebas. Maka Claudius segera merancangkan sesuatu,
yang mana dia mencadangkan pertarungan pedang rapier bermata racun antara
Laertes dengan Hamlet, tetapi secara senyapnya merancang untuk menawarkan wain
beracun kepada Hamlet seandainya rancangan asal gagal. Gertrude menyampuk untuk
mengkhabarkan bahawa Ophelia telah mati lemas.
Dua orang penggali
kubur membincangkan yang kononnya Ophelia membunuh diri, sambil mengorek
kuburnya. Hamlet tiba bersama Horatio lalu bergurau senda dengan salah seorang
penggali itu yang tergali keluar tengkorak kepada tukang
lawak dari
zaman kanak-kanak Hamlet, iaitu Yorick. Datangnya perarakan persemadian yang
dipimpin oleh Laertes. Maka Laertes bergelut dengan Hamlet, tetapi perbalahan
mereka segera dipatahkan.
Sekembali di Elsinore,
Hamlet menceritakan kepada Horatio bagaimana dia bolos, malah Rosencrantz dan
Guildenstern sudah mati. Seorang istana, Osric datang menyampuk untuk mempelawa
Hamlet untuk berlawan pedang dengan Laertes. Sementara tentera Fortinbras
menghampiri Elsinore, bermulalah perlawanan. Laertes menusuk Hamlet dengan mata
pedang beracun tetapi terluka dirinya hingga mati. Gertrude terminum wain yang
beracun itu lalu mati. Di saat-saat akhirnya, Laertes berbaik semula dengan
Hamlet lalu mendedahkan niat Claudius untuk membunuh. Dalam detik-detik hujung
nyawa dirinya, Hamlet sempat membunuh Claudius lalu mencalonkan Fortinbras
sebagai pewaris takhtanya. Apabila tibanya Fortinbras, Horatio menceritakan
segala-galanya, lantas Fortinbras memerintah supaya mayat Hamlet dibawa pergi
dengan penuh hormat.