BAB I
- A. Latar Belakang
Kepercayaan
merupakan hal terpenting dalam suatu agama termasuk agama islam. Islam adalah
agama yang benar, agama yang selalu mengajarkan kebaikan. Maka, kepercayaan,
keyakinan, atau keimanan adalah hal utama dalam agama islam.
Aqidah
dan keimanan adalah hal utama yang menentukan keselamatan hidup seseorang. Iman
artinya percaya, percaya bahwa Allah SWT. itu ada. Allah lah yang telah
menciptakan dunia ini dengan segala isinya. Keimanan berarti juga percaya bahwa
Nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah SWT.
Sesungguhnya
asas pertama kali yang tegak diatasnya masyarakat islam adalah aqidah, itulah
aqidah islam. Maka tugas masyarakat islam yang pertama adalah memelihara
aqidah, menjaga dan memperkuat serta memancarkan sinarnya ke seluruh penjuru
dunia.
- B. Tujuan
- Mengetahui arti aqidah dan keimanan.
- Mengetahui rukun-rukun iman.
- Mengetahui pentingnya aqidah dan keimana
- Mempertebal keyakinan kita ke pada Allah SWT.
BAB II
ISI
- A. Pengertian Aqidah
Akidah
dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau satu
keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat.
Akidah
dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat
tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama
ada akidah yang betul atau sebaliknya.
Aqidah
sebenarnya adalah ilmu yang membicarakan perkara-perkara yang berkaitan
keyakinan terhadap Allah swt dan sifat-sifat kesempurnaan-Nya. Setiap umat
islam wajib mengetahui, mempelajari dan mendalami ilmu akidah supaya tidak
berlaku perkara-perkara yang membawa kepada penyelewengan akidah kepada Allah
SWT. Akidah sebenarnya adalah akidah yang berdasarkan pada al-Quran dan
As-Sunnah.
Aqidah
Islamiyah dapat disimpulkan dengan rumusan
Secara
bahasa, iman berarti membenarkan ( تصديق ), sementara menurut istilah
adalah Mengucapkan dengan lisan, membenarkan dalam hati dan mengamalkan
dalam perbuatannya.
adalah Mengucapkan dengan lisan, membenarkan dalam hati dan mengamalkan
dalam perbuatannya.
Iman
berarti meyakini dengan hati, mengucapkan dengan lisan, dan mengamalkan dalam
bentuk perbuatan, bahwa Allah itu ada dengan segala kesempurnaannya, bahwa Nabi
Muhammad adalah utusan Allah.
- B. Macam-macam Ilmu Aqidah
Macam-macam
ilmu aqidah antara lain:
- Ilmu Tauhid
Ilmu
yang menerangkan tentang sifat Allah swt yang wajib diketahui dan dipercayai.
- Ilmu Usuluddin
Suatu
ilmu yang kepercayaan dalam agama Islam, iaitu kepercayaan kepada Allah swt dan
pesuruh-Nya.
- Ilmu Makrifat
Suatu
ilmu yang membahaskan perkara-perkara yang berhubung dengan cara-cara mengenal
Allah SWT.
- Ilmu Kalam
Sesuatu
ilmu yang membahas tentang akidah dengan dalil-dalil aqliah (ilmiah) sebagai
perisai terhadap segala tentangan daripada pihak lawan.
- Ilmu Akidah
Suatu
ilmu yang membahas tentang perkara-perkara yang berhubung dengan keimanan
kepada Allah SWT.
- C. Akidah Islamiyyah
Aqidah
islamiyah adalah iman
kepada Allah SWT, Malaikat-malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, Hari Kiamat, Qada dan Qadar (baik buruknya) dari Allah SWT. Makna Iman adalah pembenaran secara pasti (tashdiq
al-jazim) sesuai dengan kenyataan berdasarkan dalil. Jika pembenaran saja tanpa
disertai dalil tidak digolongkan iman,
kerana tidak termasuk pembenaran yang pasti kecuali apabila bersumber dari
dalil. Jika tidak disertai dalil maka tidak ada kepastian.
Jadi,
kalau cuma pembenaran saja terhadap suatu berita tidak termasuk iman. Berdasarkan hal ini pembenaran harus
berdasarkan dalil agar menjadi bersifat pasti, atau agar tergolong iman. Ini bererti adanya dalil terhadap segala
sesuatu yang dituntut untuk diimani adalah suatu hal yang pasti agar pembenaran
terhadap sesuatu tadi tergolong iman. Maka adanya dalil merupakan syarat utama
adanya keimanan, tanpa melihat lagi apakah hal itu sahih (benar) atau fasid
(rosak).
Sumber-sumber
aqidah islamiah (مصدارالعقيدة الإسلامية)
antara lain:
antara lain:
- Sumber aqidah Islamiyyah yang pertama dan paling utama adalah al-Qur’an yang merupakan kalamullah yang sama sekali tidak terdapat keraguan didalamnya.
- Sumber
yang kedua adalah as-Sunnah an-Nabawiyyah yang merupakan
penjelas dan pemerinci dari al-Qur’an. - Sumber
yang ketiga adalah al-Ijma’ yaitu kesepakatan para ulama baik salaf
(terdahulu) maupun khalaf (terkemudian) tentang sesuatu hal.
Pilar-pilar aqidah islamiyyah (أرآان القيدة الإسلامية)
antara lain:
- Keyakinan
(iman) kepada Allah SWT (QS 2/177, 4/136) sebagai pencipta,
pemilik, pemberi rizqi, penguasa, pengatur, pembimbing kita. - Keyakinan
(iman) kepada Malaikat2 Allah SWT (QS 2/97,98,177,285;
4/136), sebagai makhluq yang diciptakan dari cahaya (nuur) dan tidak pernah
bermaksiat serta selalu taat pada perintah Allah. - Keyakinan
(iman) kepada semua Kitab2 yang diturunkan Allah SWT (QS
2/177, 4/136) baik kepada Nabi Muhammad SAW maupun kepada Nabi2
sebelumnya, seperti Taurat Musa as, Injil Isa as, Zabur Daud as, dan shuhuf Ibrahim as. - Keyakinan
(iman) kepada para Rasul as (QS 2/98, 4/136), yaitu semua
manusia yang diutus oleh Allah SWT kepada ummatnya masing2 yang dalam al-Qur’an disebutkan 25 orang jumlahnya yang wajib diimani. - Keyakinan
(iman) kepada hari Akhir (QS 2/177, 4/135), yaitu adanya hari
pembalasan atas semua amal yang dilakukan manusia. - Keyakinan
(iman) kepada qadha’ dan qadar Allah SWT (QS 25/2), hadits
Jibril dari Umar ra (HR Muslim).
Dalil
Aqidah Islamiyah itu ada dua macam, iaitu :
- Dalil Aqli (menggunakan akal).
- Dalil Naqli (dari Al-Quran dan Hadis).
Yang
menentukan apakah dalil itu aqli atau naqli adalah fakta dari permasalahan yang
ditunjukkan untuk diimani. Apabila permasalahannya adalah fakta yang boleh
diindera maka dipastikan dalilnya aqli bukan naqli. Namun jika permasalahannya
tidak dapat diindera maka dalilnya adalah naqli. Dalil naqli itu sendiri
diperoleh dari perkara yang boleh diindera. Maksudnya keberadaannya sebagai
dalil tercakup didalam perkara yang dapat diindera. Kerana itu dalil naqli
digolongkan sebagai dalil yang layak untuk diimani tergantung pada dalil aqli
dalam menetapkannya sebagai dalil.
- Allah SWT – Orang yang mendalami perkara yang dituntut akidah Islam untuk diimani akan menjumpai bahawa Iman kepada (wujud) Allah SWT dalilnya adalah aqli. Alasannya perkara tersebut – iaitu adanya al-Khaliq (Maha Pencipta) bagi segala yang ada – dapat dijangkau dengan panca indera.
- Malaikat – Iman terhadap (keberadaan) Malaikat-Malaikat dalilnya adalah naqli. Alasannya keberadaan Malaikat tidak dapat dijangkau indera. Malaikat tidak boleh dijangkau zatnya dan tidak boleh dijangkau dengan apapun yang menunjukkan atas (keberadaan)nya.
- Kitab-Kitab – Iman terhadap Kitab-Kitab Allah SWT dapat dihuraikan sebagai berikut. Jika yang dimaksud adalah Iman terhadap Al-Quran maka dalilnya aqli, kerana Al-Quran dapat diindera dan dijangkau. Demikian pula kemukjizatan Al-Quran dapat diindera sepanjang zaman. Tetapi jika yang dimaksud adalah iman terhadap kitab-kitab selain Al-Quran, seperti Taurat, Injil dan Zabur, maka dalilnya adalah naqli. Alasannya bahawa Kitab-Kitab ini adalah dari sisi Allah SWT tidak dapat dijangkau (keberadaannya) sepanjang zaman. Kitab-Kitab tersebut adalah dari sisi Allah SWT dan dapat dijangkau keberadaanya tatkala ada Rasul yang membawanya sebagai mukjizat. Kemukjizatannya berhenti saat waktunya berakhir. Jadi, mukjizat tersebut tidak boleh dijangkau oleh orang-orang (pada masa) setelahnya. Namun sampai kepada kita berupa berita yang mengatakan bahawa kitab tersebut berasal dari Allah SWT dan diturunkan kepada Rasul. Kerana itu dalilnya naqli bukan aqli, kerana akal – di setiap zaman – tidak mampu menjangkau bahawa kitab itu adalah kalam Allah SWT dan akal tidak mampu mengindera kemukjizatannya.
- Rasul-Rasul – Begitu pula halnya Iman terhadap para Rasul. Iman terhadap Rasul (Nabi Muhammad s.a.w.) dalilnya aqli, kerana pengetahuan akan Al-Quran sebagai kalam Allah dan ia dibawa oleh Rasul (Nabi Muhammad s.a.w.) adalah sesuatu yang dapat diindera. Dengan mengindera Al-Quran dapat diketahui bahawa Muhammad itu Rasulullah. Hal itu dapat dijumpai sepanjang zaman dan setiap generasi. Sedangkan Iman terhadap para Nabi dalilnya adalah naqli, kerana dalil (bukti) kenabian para Nabi –iaitu Mukjizat-Mukjizat mereka- tidak dapat diindera kecuali oleh orang-orang yang sezaman dengan mereka. Bagi orang-orang yang datang setelah mereka hingga zaman sekarang bahkan sampai kiamat pun, mereka tidak menjumpai mukjizat tersebut. Bagi seseorang tidak ada bukti yang dapat diindera atas kenabiannya. Kerana itu bukti atas kenabiannya bukan dengan dalil aqli melainkan dengan dalil naqli. Lain lagi bukti atas kenabian (Nabi Muhammad s.a.w.) yang berupa mukjizat beliau. Mukjizat tersebut (selalu) ada dan dapat diindera, iaitu Al-Quran. Jadi dalilnya adalah aqli.
- Hari Kiamat – Dalil Hari Kiamat adalah naqli, kerana Hari Kiamat tidak dapat diindera, lagi pula tidak ada satu pun perkara yang dapat diindera yang menunjukkan tentang Hari Kiamat. Dengan demikian tidak terdapat (satu) dalil aqli pun untuk hari kiamat. Dalilnya adalah naqli.
- Qada dan Qadar – Qada dan Qadar dalilnya aqli, kerana Qada adalah perbuatan manusia yang dilakukannya atau yang menimpanya (dan tidak dapat ditolak). Ia adalah sesuatu yang dapat diindera maka dalilnya adalah aqli. Qadar adalah khasiat sesuatu yang dimunculkan (dimanfaatkan) oleh manusia, seperti kemampuan membakar yang ada pada api, kemampuan memotong yang ada pada pisau. Khasiat ini adalah sesuatu yang dapat diindera, maka dalil untuk perkara Qadar adalah aqli.
- D. Huraian Rukun Iman
Sebuah
hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, dari Umar Ibni Al-Khattab r.a bahawa di
dalam pertemuan malaikat Jibril dengan Rasulullah saw di dalam sebuah majlis
yang dihadiri oleh ramai sahabat-sahabat Rasulullah saw maka Jibril telah
mengemukakan pertanyaan kepada Rasulullah saw yang bermaksud: “Jibril telah
berkata kepada Rasulullah, kamu terang kepadaku mengenai iman maka jawab
Rasulullah, iman itu ialah bahawa kami beriman kepada Allah, kepada malaikat,
kepada kitab-kitab, kepada rasul-rasul, kepada hari kemudian dan kamu beriman
bahawa habuan dan peruntukan bagi kamu sama ada baik atau buruk adalah semua
daripada Allah swt, maka Jibril pun berkata kamu telah berkata benar.”
Jadi,
dari ayat Al-Quran dan hadith dapatlah disimpulkan bahawa iman itu ialah 6
perkara iaitu:
- Percaya kepada Allah
- Percaya kepada Malaikat
- Percaya kepada Kitab
- Percaya kepada Rasul
- Percaya kepada Hari Kiamat
- Percaya kepada Qada’ dan Qadar
- 1. Percaya Kepada Allah Swt
Beriman
kepada Allah SWT artinya meyakini Allah sebagai Tuhan semesta alam, juga yakin
akan kebenaran keberadaan para Malaikat-Nya, wahyu-Nya (kitab-kitab Allah),
para rasul-Nya, hari akhir, dan Qodho dan Qadar Allah SWT bagi setiap manusia.
Pembenaran atas semua itu harus diikuti dengan tindakan nyata, sebagai
pengamalan atas keimanan tersebut.
Iman
kepada Allah SWT merupakan fitrah manusia. Artinya, pada hakikatnya seluruh
umat manusia mempercayai adanya Allah SWT dan mengakui-Nya sebagai Tuhan (Q.S.
7:172). Manusia Jahiliyah pun mengenal adanya Allah SWT sebagai Pencipta dan
Pengatur alam semesta (Q.S. 10:31, 43:9). Mereka menyembah berhala dengan dalih
untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT (Q.S. 39:3).
Menurut
filosof Ibnu Rusyd , ada dua cara membuktikan adanya Allah:
1. Dalil
Al-’Inayah (The Proof of Providence), yakni dengan melihat kesempurnaan
struktur susunan alam semesta atau keteraturan fenomena alam.
2. Dalil
Al-Ikhtira (The Proof of Creation), yakni dengan melihat penciptaan makhluk
hidup. Manusia tidak mungkin mampu membuat makhluk binatang kecil sekalipun.
Al-Quran
sendiri menunjukkan suatu metode yaitu dengan menyelidiki kejadian manusia dan alam
semesta. Dalam penciptaan langit dan bumi serta pergantian siang dan malam ada
tanda-tanda bagi mereka yang berakal yang memikirkannya (Q.S. 3:190-191).
Manusia diperintahkan memperhatikan kerajaan langit dan bumi dan segala yang
diciptakan Allah (Q.S. 7:185). Bahkan, diri kita sendiri harus kita perhatikan
untuk memikirkan eksistensi-Nya (Q.S. 51:21).
Nabi
Saw bersabda: “Barangsiapa mengenali dirinya, maka ia akan mengenal
Tuhannya”.
Dengan
demikian, manusia akan menemukan bahwa Allah-lah Sang Pencipta dan Pengatur
alam semesta. Dia pula yang berhak disembah dan dimintai pertolongan. Dia bisa
dikenali dengan pemahaman sifat-sifat-Nya dan ciptaan-Nya. Manusia dilarang
memikirkan tentang hakikat Dzat Tuhan, karena akal manusia tidak mungkin
menjangkau-Nya. Allah adalah Dzat Yang Mahagaib.
“Pikirkanlah tentang ciptaan Allah dan jangan kamu
berpikir tentang Dzat-Nya…”
Pengamalan
keimanan kepada Allah harus diikuti dengan pembenaran atas firman-firman-Nya,
yang kini tertuang dalam Al-Quran, sekaligus mengamalkan apa yang
diperintahkan-Nya dan menjauhi apa yang dilarang-Nya.
Minimal,
seorang mukmin harus membuktikan keimanannya dengan mengerjakan shalat lima
waktu. Karena, dalam sebuah hadits disebutkan, pembeda antara seorang
mukmin/Muslim dan kafir adalah shalat.
Beriman
dengan Allah bermaksud:
- Membenarkan dengan yakin akan adanya Allah
- Membenarkan dengan yakin akan keesaan Allah, baik dalam perbuatanNya menjadikan alam dan makhluk seluruhnya mahupun dalam menerima ibadat setiap makhluk
- Membenarkan dengan yakin bahawa Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, suci dari segala kekurangan dan suci juga dari menyerupai segala yang baharu
“Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan
kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu (menjadi
orang-orang yang ) bertaqwa” (Surah Al-Baqarah:21)
Artinya
bahawa Allah itu adalah pencipta setiap benda yang ada di ala ini termasuk bumi
langit dan planet-planet yang lain, yang dapat dilihat atau tidak, semuanya
adalah kepunyaan Allah swt
Percaya
kepada Allah ini adalah pokok kepada kepercayaan atau rukun-rukun iman yang
lain karena dengan adanya Allah maka adanya yang lain-lain itu.
- 2. Percaya Kepada Malaikat
Artinya
ialah bahawa Allah telah menjadikan sejenis makhluk halus yang keadaan asalnya
tidak boleh dilihat, bukan lelaki dan bukan perempuan. Hidup mereka senantiasa
taat kepada perintah Allah tanpa sesekali menentangnya. Malaikat dijadikan oleh
Allah dari cahaya. Sabda Rasulullah saw (terjemahanya): ”Malaikat itu dijadikan
daripada cahaya, jin dijadikan daripada api yang tidak berasap & dijadikan
nabi Allah Adam sebagaimana yang diterangkan iaitu daripada tanah” – (Hadisth
riwayat Muslim).
- Nama dan Tugas Malaikat
- Malaikat Jibril – Menyampaikan wahyu dan perintah Allah kepada nabi-nabi & rasul-rasul-Nya untuk disampaikan kepada manusia.
- Malaikat Mikail – Mengawal cekerawala termasuk matahari, bulan, bintang-bintang, hujan dan panas dan yang lain mengikut yang dikehendaki oleh Allah.
- Malaikat Izrail – Mencabut nyawa seluruh makhluk yang bernyawa apabila sudah sampai waktu yang dikehendaki oleh Allah.
- Malaikat Israfil – Meniup sangkekala apabila tiba masanya.
- Malaikat Raqib – Mencatat amalan baik yang dilakukan oleh manusia.
- Malaikat Atid – Mencatit amalan jahat yang dilakukan oleh manusia.
- Malaikat Mungkar – Menyoal manusia di dalam kubur.
- Malaikat Nangkir – Menanyai manusia di dalam kubur.
- Malaikat Ridwan – Mengawal syurga / menjaga pintu syurga.
- Malaikat Malik – Mengawal neraka / menjaga pintu neraka.
- Tugas-tugas Malaikat yang Lain
- Membawa wahyu kepada para Nabi dan Rasul.
- Bertasbih, selalu patuh dan sujud pada Allah.
- Memikut Arsy.
- Berdoa untuk orang-orang beriman.
Peranan
Malaikat di Akhirat seperti memberi salam pada ahli syurga, mengazab ahli
neraka dan seumpamanya
- Hikmak Beriman Kepada Malaikat
- Seseorang itu menyadari bahawa dia sentiasa diawasi oleh Malaikat maka dia akan sentiasa menjaga tingkah laku yang berkelakuan baik, menjaga tutur kaya yang walau dimana dia berada.
- Seseorang akan segera insaf dan tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan kerana menyedari setiap tutur kata dan gerak laku yang tidak terlepas daripada catitan Malaikat Raqib dan Atid.
- Seseorang muslim akan sentiasa melakukan apa yang disuruh Allah dan menghindar apa yang dilarang Allah supaya selamat di alam kubur kerana dia mengetahui apabila dia mati, dia akan ditanya dan diseksa oleh Malaikat di dalam kubur.
- 3. Percaya Kepada Kitab-kitab Allah.SWT
Orang-orang
Islam wajib percaya bahwa Allah swt telah menurunkan beberapa buah kitab kepada
rasul-rasul-Nya. Isi pengajaran kitab-kitab itu adalah mengandung ajaran-ajaran
mengenai amal ibadah untuk akhirat dan juga petunjuk-petunjuk untuk memperbaiki
kehidupan manusia di dunia.
- Kitab-kitab yang Wajib Diketahui
- Zabur : Nabi Daud (dalam bahasa Qibti).
- Taurat : Nabi Musa (dalam bahasa Ibrani).
- Injil : Nabi Isa (dalam bahasa Suryani).
- Al-Quran : Nabi Muhammad saw (dalam bahasa Arab).
Selain
kitab-kitab Allah SWT yang berbentuk mushaf. Allah juga menurunkan suhuf.
Shuhuf adalah firman Allah yang berbentuk lembaran, shuhuf yang pernah
diturunkan Allah antara lain:
- Nabi Adam – 10 shuhuf.
- Nabi Syits – 60 shuhuf, (pendapat lain mengatakan 50 shuhuf).
- Nabi Khanukh – 30 shuhuf.
- Nabi Ibrahim – 30 shuhuf (10 shuhuf).
- Nabi Musa – 10 shuhuf.
- Hikmah Beriman Dengan Kitab-kitab
Menunjukkan
bahawa agama yang datang dari Allah adalah satu sahaja yaitu Islam yang
terkandung di dalam kitab-kitab yang datang dari Allah sebelum kitab Al-Qur’an.
Umat
manusia di sepanjang zaman sebenarnya memerlukan agama yang satu yaitu Islam,
yang berteraskan akidah tauhid. Ini semua terkandung dalam semua kitab-kitab
yang datang dari Allah
Perbezaan
dari segi syariat perkara penting berkaitan pelaksanaan dalam agama boleh
berlaku. Yang ditegah secara tegas ialah perbezaan dari segi akidah atau
perkara-perkara usul. Ini terbukti dalam syariat-syariat kitab-kitab dari satu
nabi dengan nabi yang lain berbeza, tetapi akidah dan perkara pokok yang lain
semuanya sama
Semua
para Nabi adalah Islam. Tidak ada percanggahan antara al-Quran dan Taurat
sebagaimana juga tidak ada pertentangan dengan Injil dan kitab-kitab
lain.
Firman
Allah SWT di da lam surah Al-Baqarah ayat 231 sebagai berikut:
Artinya
: ”Pada mulanya manusia itu adalah umat yang satu (menurut agama Allah yang
satu tetapi akhirnya mereka telah berselisih faham), maka Allah telah
mengutuskan nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang
beriman dengan balasan syurga), dan pemberi amaran (kepada yang engkar dengan
balasan azab neraka), dan Allah menurunkan bersama nabi-nabi itu kitab-kitab
suci yang mempunyai keterangan-keterangan benar untuk menjalankan hukuman di
antara manusia mengenai apa yang mereka pertikaikan”. (Surah Al-Baqarah: 213)
Al-Quran
merupakan kitab terakhir sekali diturunkan oleh Allah dan sebagai penutup
kepada kitab-kitab yang terdahulu.
Dari
segi keaslian : Al-Quran tetap asli tidak ada perubahan dan tidak mampu dipinda
oleh manusia manakala kitab-kitab lain berubah dan tidak asli. Al-Quran sesuai
untuk semua zaman dan tempat, manakala kitab-kitab lain untuk tempoh-tempoh
tertentu sahaja. Bahasa Al-Quran adalah bahasa arab yang hidup pemakainnya
sepanjang masa, iaitu sentiasa digunakan oleh ramai dan banyak negara di
seluruh dunia
- 4. Percaya Kepada Rasul
Seorang
muslim diwajibkan beriman bahwa Allah telah mengutuskan beberapa orang rasul
yang dipilih-Nya darijenis manusia yang cukup sempurna. Mereka membimbing
manusia kepada kehidupan yang membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat.
- Sifat-sifat yang wajib bagi Rasul:
- Siddiq – Benar pada segala percakapan, perkhabaran dan perbuatan.
- Amanah – Jujur dan tidak membuat kesalahan.
- Tabligh – Menyampaikan semua perintah Allah kepada manusia.
- Fathonah – Bijaksana
Arti
Rasul dari segi bahasa : Utusan yang menyampaikan sesuatu perutusan seseorang
kepada orang lain. Arti Rasul dari segi istilah adalah: Lelaki utusan Allah
yang menerima wahyu Allah untuk dirinya yang wajib disampaikan kepada umat
manusia agar mereka dapat melalui jalan yang lurus dan diridhai Allah.
- Hikmah beriman kepada Rasul Allah SWT.
Hikmah
beriman kepada rasul Allah SWT dalam kehidupan, antara lain sebagai berikut:
- Bertambah iman kepada Allah SWT dengan mengetahui bahwa rasul itu benar-benar manusia pilihan-Nya.
- Mau mengamalkan apa yang disampaikan para Rasul.
- Bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat yang diberikan.
- Memercayai tugas-tugas yang dibawanya untuk disampaikan kepada umatnya.
- Lebih mencintai, menghormati, dan mengagungkan Rasul atas perjuangannya dalam menyampaikan agama Allah SWT kepada umatnya.
- Akan selamat di dunia dan di akhirat dengan bimbingan yang diberikan Rasul.
- Memperoleh teladan yang baik untuk menjalani hidup.
- 5. Percaya Hari Kiamat
Beriman
kepada hari Akhirat merupakan masalah yang paling berat dari segala macam
akidah dan kepercayaan manusia. Sejak zaman sebelum Islam sampailah sekarang
manusia telah memperkatakan masalah ini. Para ahli fakir selalu menempatkan
persoalan ini sebagai inti penyelidikan, sebab beriman kepada hari akhirat akan
membawa manusia kepada keyakinan adanya satu kehidupan duniawi dan penciptaan
manusia. Demikianlah pentingnya masalah ini hingga turunnya ayat-ayat Allah
menerangkan kedudukan hari Akhirat.
Lima
fase pola beriman kepada hari Akhirat:
- Tahap kehancuran makhluk yang ada di muka bumi. Terjadi gempa bumi, di mana gunung-gunung menjadi debu, air laut mendidih meluap-luap, bintang-bintang berguguran, langit bergulungan, sedang manusia mabuk dan pitam. Kemudian musnahlah segala makhluk sama ada yang bernyawa mahupun tidak, hanya Allah yang tetap kekal.
- Hari kebangkitan di mana manusia akan dibangkitkan dari kubur dan dikumpulkan dipadang Mahsyar.
- Diperlihatkan seluruh amal perbuatan di dunia dahulu. Tidak ada yang tersembunyi sama ada yang jahat mahupun yang baik, sekalipun sebesar zarah.
- Hari menghisab di depan mahkamah keadilan Allah, dimana manusia akan memperolehi keputusan yang paling adil tanpa ada penganiayaan.
- Hari keputusan di mana manusia akan menerima ganjaran yang setimpal dengan amalannya. Di sini saat yang dijanjikan akan dipenuhi sebagai tujuan penciptaan manusia. Mereka yang banyak amal kebajikan ditempatkan di syurga dan banyak amalan kejahatan akan ditempatkan di neraka.
- Hikmah Beriman dengan Hari Akhirat
- Memperbaharui kesedaran tentang hakikat adanya alam akhirat yang merupakan tempat manusia menerima balasan dan juga tempat yang kekal abadi untuk semua manusia.
- Mempertingkatkan keimanan dengan merasai keagongan Allah Rabul-Alamin selaku pemerintah dan penguasa serta tuan punya Alam, pencipta dan pemilikan hari Akhirat dan segala isi kandungannya.
- Melembutkan hati manusia dengan mengingati mati dan Hari Akhirat.
- Mengalakkan orang Islam melakukan ma’ruf (kebaikan) dan meninggalkan kejahatan.
- 6. Beriman Kepada Qada Dan Qadar Allah
Menurut
bahasa qadha memiliki beberapa arti yaitu hukum, ketetapan, perintah, kehendak,
pemberitahuan, dan penciptaan. Sedangkan menurut istilah, qadha adalah
ketentuan atau ketetapan Allah SWT dari sejak zaman azali tentang segala
sesuatu yang berkenaan dengan makhluk-Nya sesuai dengan iradah (kehendak-Nya),
meliputi baik dan buruk, hidup dan mati, dan seterusnya.
Menurut
bahasa, qadar berarti kepastian, peraturan, dan ukuran. Sedangkan menurut
istilah, qadar adalah perwujudan ketetapan (qadha) terhadap segala sesuatu yang
berkenaan dengan makhluk-Nya yang telah ada sejak zaman azali sesuai dengan
iradah-Nya. Qadar disebut juga dengan takdir Allah SWT yang berlaku bagi semua
makhluk hidup, baik yang telah, sedang, maupun akan terjadi.
Beriman
kepada qada dan qadar adalah menyakini dengan sepenuh hati adanya ketentuan
Allah SWT yang berlaku bagi semua mahluk hidup. Semua itu menjadi bukti
kebesaran dan kekuasan Allah SWT. Jadi, segala sesuatu yang terjadi di alam
fana ini telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Takdir
di bagai menjadi dua yaitu:
- Takdir Muallaq
Yaitu
takdir yang erat kaitannya dengan ikhtiar manusia. Contohnya seorang siswa
bercita-cita ingin menjadi insinyur pertanian. Untuk mencapai cita-citanya itu
ia belajar dengan tekun. Akhirnya apa yang ia cita-citakan menjadi kenyataan.
Ia menjadi insinyur pertanian.
- Takdir Mubram
Yaitu
takdir yang terjadi pada diri manusia dan tidak dapat diusahakan atau tidak
dapat di tawar-tawar lagi oleh manusia. Contoh. Ada orang yang dilahirkan
dengan mata sipit , atau dilahirkan dengan kulit hitam sedangkan ibu dan
bapaknya kulit putih dan sebagainya.
- Hikmah Beriman kepada Qada dan Qadar
Dengan
beriman kepada qadha dan qadar, banyak hikmah yang amat berharga bagi kita
dalam menjalani kehidupan dunia dan mempersiapkan diri untuk kehidupan akhirat.
Hikmah tersebut antara lain:
- Melatih diri untuk banyak bersyukur dan bersabar
Orang
yang beriman kepada qadha dan qadar, apabila mendapat keberuntungan, maka ia
akan bersyukur, karena keberuntungan itu merupakan nikmat Allah yang harus
disyukuri. Sebaliknya apabila terkena musibah maka ia akan sabar, karena hal
tersebut merupakan ujian.
Firman Allah dalam QS. An-Nahl ayat 53 yang artinya :
“dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah( datangnya), dan bila ditimpa oleh kemudratan, maka hanya kepada-Nya lah kamu meminta pertolongan. ”
Firman Allah dalam QS. An-Nahl ayat 53 yang artinya :
“dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah( datangnya), dan bila ditimpa oleh kemudratan, maka hanya kepada-Nya lah kamu meminta pertolongan. ”
- Menjauhkan diri dari sifat sombong dan putus asa
Orang
yang tidak beriman kepada qadha dan qadar, apabila memperoleh keberhasilan, ia
menganggap keberhasilan itu adalah semata-mata karena hasil usahanya sendiri.
Ia pun merasa dirinya hebat. Apabila ia mengalami kegagalan, ia mudah berkeluh
kesah dan berputus asa , karena ia menyadari bahwa kegagalan itu sebenarnya
adalah ketentuan Allah.
Firman Allah SWT dalam QS.Yusuf ayat 87 yang artinya :
Hai anak-anakku, pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.
Firman Allah SWT dalam QS.Yusuf ayat 87 yang artinya :
Hai anak-anakku, pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.
- Memupuk sifat optimis dan giat bekerja
Manusia
tidak mengetahui takdir apa yang terjadi pada dirinya. Semua orang tentu
menginginkan bernasib baik dan beruntung. Keberuntungan itu tidak datang begitu
saja, tetapi harus diusahakan. Oleh sebab itu, orang yang beriman kepada qadha
dan qadar senantiasa optimis dan giat bekerja untuk meraih kebahagiaan dan
keberhasilan itu.
Firaman Allah dalam QS Al- Qashas ayat 77 yang artinya :
Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.
Firaman Allah dalam QS Al- Qashas ayat 77 yang artinya :
Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.
- Menenangkan jiwa
Orang
yang beriman kepada qadha dan qadar senangtiasa mengalami ketenangan jiwa dalam
hidupnya, sebab ia selalu merasa senang dengan apa yang ditentukan Allah
kepadanya. Jika beruntung atau berhasil, ia bersyukur. Jika terkena musibah
atau gagal, ia bersabar dan berusaha lagi.
Firaman Allah dalam QS. Al-Fajr ayat 27-30 yang artinya :
Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang tenang lagi diridhai-Nya. Maka masuklah kedalam jamaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah kedalam surga-Ku.
Firaman Allah dalam QS. Al-Fajr ayat 27-30 yang artinya :
Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang tenang lagi diridhai-Nya. Maka masuklah kedalam jamaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah kedalam surga-Ku.
- E. Serba Serbi Aqidah
- Buah Keimanan
- Membebaskan
jiwa kita dari perbudakan oleh manusia dan semua makhluq
menuju kemerdekaan yang hakiki yaitu penghambaan kepada Allah SWT saja (lih.
hadits Ruba’i bin Amir ra. utusan Rasulullah SAW dan panglima Rustum dari Persia). - Membangkitkan
keberanian membela kebenaran dan tak takut mati serta
cinta syahid, sebab meyakini bahwa yang memberi umur, rizqi, manfaat dan bahaya,
menghidupkan dan mematikan hanya Allah SWT (QS 3/145, 4/78). - Merasa
yakin tujuan hidupnya adalah keridhoan Allah SWT dan ia akan
mendapatkan berbagai kebaikan yang banyak di dunia sebelum kenikmatan di akhirat
kelak, berupa : Perlindungan-Nya (QS 2/257), petunjuk-Nya (QS 22/54, 64/11),
pertolongan-Nya (QS 40/51), penjagaan-Nya (QS 10/98), mengokohkan
kedudukannya (QS 24/55) dan datangnya barakah (kebaikan yang banyak) baik dari
langit maupun dari bumi (QS 7/96) untuknya. - Hidupnya
berada dalam ketenangan lahir batin (QS 13/28, 48/4), karena ia
hidup dalam cahaya hidayah Allah SWT sehingga ia tidak menzhalimi orang lain
maupun dirinya sendiri.
- Peringkat-Peringkat Iman
- Iman Taqlid – Iman ikut-ikutan, hanya semata-mata mengikut pendapat orang lain.
- Iman Ilmu – Beriman semata-mata kerana berilmu dan berdasarkan pada fikiran tidak terletak di hati.
- Iman A’yan – Iman yang terletak di dalam hati. Iman ini dimiliki oleh orang-orang soleh.
- Iman Hak – Iman sebenar yang terlepas dari nafsu syaitan. Iman ini dimiliki oleh golongan muqarabbin.
- Iman Hakikat – Iman peringkat tertinggi yang boleh dicapai oleh manusia. Iman ini hidup semata-mata untuk Allah dan Rasul serta hari Akhirat seperti para sahabat nabi.
- Iman Bertambah Dan Iman Berkurang
Iman
manusia sentiasa bertambah dan berkurang mengikut amalan. Perkara-perkara yang
perlu dilakukan untuk meneguhkan iman:
- Melawan hawa nafsu.
- Mengosongkan hati daripada sifat-sifat tercela.
- Membiasakan diri dengan sifat-sifat terpuji.
- Melahirkan keikhlasan berbakti dan berkorban semata-mata kerana Allah.
- Memperbanyakkan amalan-amalan sunat.
- Bertafakur, iaitu memerhatikan tanda-tanda kebesaran dan kekuasan Allah .
- Kepentingan Mempelajari Ilmu Akidah
Antara
beberapa kepentingan mempelajari ilmu akidah termasuklah:
- Supaya terhindar daripad ajaran-ajaran sesat yang akan merosakan akidah seseorang terhadap Allah swt.
- Meneguhkan keimanan dan keyakinan kepada sifat-sifat kesempurnaan-Nya.
- Memantapkan akidah seseorang supaya tidak terikut dan terpengaruh dengan amalan-amalan yang boleh merosakan akidah.
- Audit dan Timbangan Amalan. Antaranya perkara yang akan dialami oleh manusia di akhirat ialah hisab dan timbangan amalan.
- Balasan Syurga dan Neraka. Berdasarkan nas-nas al-Quran menunjukkan bahawa orang yang mempunyai amalan baiknya banyak sehingga memberatkan timbangan amalan baik ia akan dimasukan ke dalam syurga, manakala mereka yang sebaliknya akan dimasukan ke dalam neraka.
- Dapat mengeluarkan hujah-hujah yang boleh mematahkan hujah daripada pihak lawan yang cuba memesongkan akidah seseorang.
- Kepentingan Akidah Dalam Kehidupan Manusia
- Akidah Sebagai Asas.
- Akidah Sebagai Penentu atau Pendorong.
- Penyelewengan Dan Kerusakan Akidah
- Melalui Percakapan atau ucapan.
- Melalui Perbuatan.
- Melalui Iktikad dalam hati.
- Pembinaan Akidah
- Memahami konsep Islam yang sebenarnya dan memahami konsep akidah secara khusus.
- Membersihkan hati dengan cara meninggalkan dosa dan melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah.
- Sentiasa berjihad melawan nafsu dan syaitan untuk beriltizam dengan Islam.
- Bersama-sama dengan orang-orang yang soleh atau sentiasa mencari suasana yang baik.
- Sentiasa berdoa memohon pimpinan Allah.
- Bertawakal kepada Allah.
- F. Makna Tegaknya Masyarakat Di Atas Aqidah Islami
Inilah
aqidah yang tegak di atasnya masyarakat Islam. yaitu aqidah “Laa ilaaha
illallah Muhammadan Rasuulullah.” Makna dari ungkapan tersebut adalah bahwa
masyarakat Islam benar-benar memuliakan dan menghargai aqidah itu dan berusaha
untuk memperkuat aqidah tersebut di dalam akal maupun hati. Masyarakat itu juga
mendidik generasi Islam untuk memiliki aqidah tersebut dan berusaha menghalau
pemikiran-pemikiran yang tidak benar dan syubhat yang menyesatkan. Ia juga
berupaya menampakkan (memperjelas) keutamaan-keutamaan aqidah dan pengaruhnya
dalam kehidupan individu maupun sosial dengan (melalui) alat komunikasi yang
berpengaruh dalam masyarakat, seperti masjid-masjid, sekolah-sekolah,
surat-surat kabar, radio, televisi, sandiwara, bioskop dan seni dalam segala
bidang, seperti puisi. prosa, kisah-kisah dan teater.
Bukanlah
yang dimaksud membangun masyarakat Islam di atas dasar aqidah Islamiyah adalah
dengan memaksa orang-orang non Muslim untuk meninggalkan aqidah mereka. Tidak!,
karena hal ini tidak pernah terlintas dalam benak seorang Muslim terdahulu dan
tidak akan terlintas di benak mereka untuk selamanya. Bukankah lslam telah
mengumumkan dengan kata-kata yang jelas.
Sejarah
telah membuktikan bahwa sesungguhnya masyarakat Islam pada masa-masa
keemasannya adalah masyarakat yang paling toleran terhadap para penentangnya
dalam aqidah. Fakta ini diperkuat oleh banyak pernyataan kesaksian orang-orang
di luar islam sendiri.
Maksud
dari tegaknya masyarakat, di atas aqidah Islam adalah bahwa masyarakat Islam
itu bukanlah masyarakat yang terlepas dari segala ikatan, tetapi masyarakat
yang komitmen dengan aqidah Islam. bukan masyarakat penyembah berhala, dan
bukan masyarakat Yahudi atau Nasrani, bukan pula masyarakat liberal atau
masyarakat Sosialis Marxisme, tetapi ia adalah masyarakat yang bertumpu pada
aqidah tauhid atau aqidah Islam, di mana aqidah Islam itu selalu tinggi dan
tidak ada yang menandingi. Islam tidak menerima jika kalian berada di
masyarakat sementara kalian tidak berperan apa pun, dan tidak rela mengganti
aqidah yang lain dengan aqidah Islamnya, sehingga bisa meluruskan pandangan
manusia terhadap Allah, manusia, alam semesta dan kehidupan.
Bukanlah
dikatakan masyarakat Islam itu masyarakat yang menyembunyikan asma”Allah” dalam
arahan-arahannya, kemudian menggantinya dengan nama”Alam.” Sebagai contoh terkadang
kita katakan bahwa sungai-sungai adalah pemberian alam, hutan juga pemberian
alam, alam itulah yang menciptakan dan yang mengembangkan segala sesuatu, bukan
Allah yang menciptakan segala sesuatu, Rabb segala sesuatu dan pengatur segala
sesuatu.
Sesungguhnya
pandangan masyarakat Barat terhadap masalah ketuhanan dan kaitannya dengan alam
semesta adalah bahwa Allah telah menciptakan alam, kemudian membiarkannya, maka
tidak ada yang mengatur, tidak ada yang menguasai. Persepsi seperti ini mirip
dengan persepsi yang diambil dari para filosof Yunani terhadap masalah
ketuhanan, terutama Aristoteles yang tidak mengenal tuhan kecuali bagian dari
dirinya, adapun pandangannya tentang alam, alam itu tidak ada yang mengatur dan
tidak dikenal baik atau buruk dari tuhan. Dan yang lehih aneh dari pada itu
adalah filsafat Aflathun yang tidak mengenal Tuhan sedikit pun, hingga dari
dirinya.
BAB III
PENUTUP
- A. Kesimpulan
Aqidah
dan keimanan merupakan hal yang terpenting dalam agama islam. Umat islam wajib hukumnya
beriman kepada Allah dan Rasulullah “Laa ilaaha illallah Muhammadan
Rasuulullah”.
Banyak
sekali manfaat dan hikmah beriman kepada Allah dan Rasulullah diantarannya
Membebaskan jiwa kita dari perbudakan oleh manusia dan semua makhluq
menuju kemerdekaan yang hakiki yaitu penghambaan kepada Allah SWT.
menuju kemerdekaan yang hakiki yaitu penghambaan kepada Allah SWT.
- B. Saran
Seperti
yang telah diuraikan di atas bahwa betapa pentingnya aqidah dan keimanan maka
dari itu, marilah kita senantiasa meningkatkan kualitas keimanan kita kepada
Allah SWT, agar kita mendapat rahmat Allah SWT, dan nanti di akhirat kita
mendapatkan syurganya Allah SWT.