Allah s.w.t berfirman:
“Dan
ceritakanlah (Hai Muhammad kepada mereka kisah) Idris (yang
tersebut)di dalam Al-Qur’an. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat
membenarkan dan seorang rasul. Dan Kami telah mengangkatnya ke
martabat yang tinggi.” (QS. Maryam: 56-57)
Kita
tidak mengetahui bila Nabi Idris hidup dan kepada kaum siapa dia
diutus dan bagaimana Allah s.w.t mengangkat darjatnya pada kedudukan
yang tinggi.
Menurut
dongeng kuno disebutkan bahawa Nabi Idris adalah Uzairis, salah
seorang pahlawan Mesir kuno. Beliau dianggap sebagai Tuhan berhala.
Izis, isterinya memainkan peranan penting dalam mengembalikannya pada
kehidupan. Kami tidak memiliki suatu sumber yang otentik yang dapat
kami percaya untuk meneguhkan pendapat seputar Nabi Idris.
Barangkali
Idris adalah seorang Nabi yang dermawan dan mulia dan diutus di Mesir,
lalu Allah s.w.t mengangkatnya di sisi-Nya seperti Nabi Isa Ibnu
Maryam. Ketika beliau diangkat, terjadilah berbagai macam isu dan
fitnah seputar beliau dan kemudian beliau dijadikan sebagai Tuhan. Dan
barangkali ada versi lain seputar kisah itu.
Yang
jelas Al-Qur’an al-Karim tidak menyingkap kesamaran yang berhubungan
dengan Nabi Idris. Yang kami ketahui hanya bahawa beliau adalah seorang
yang jujur, yang terpercaya, dan seorang Nabi. Allah s.w.t
mengangkatnya ke darjat yang tinggi di sisi-Nya. ?
Nabi Idris a.s Bersama Malaikat Izrail
Suatu
ketika Nabi Idris a.s telah dikunjungi oleh Malaikat Izrail dan
bertanya Nabi Idris a.s katanya: “Hai malaikat Izrail, engkau datang ini
untuk mencabut nyawa atau untuk menziarah?.” Kata Malaikat Izrail aku
datang untuk menziarah dengan izin Allah. Kata Nabi Idris kepada
Malaikat Izrail: “Hai Malaikat Izrail, saya ada keperluan dan
kepentingan kepadamu” Kata Malaikat Izrail “Kepentingan apa itu?” Jawab
Nabi Idris “Kepentingan denganmu iaitu supaya engkau mencabut nyawaku
dan kemudian Allah menghidupkan kembali sehingga aku dapat beribadah
kepada Allah setelah aku merasakan sakaratulmaut”. Kata Malaikat Izrail
sesungguhnya aku tidak akan mencabut nyawa seseorang melainkan
mendapat izin Allah. Maka Allah memberi wahyu kepada kepada Malaikat
Izrail agar dia mencabut nyawa Nabi Idris, maka seketika itu Malaikat
Izrail mencabut nyawa Nabi Idris a.s. Maka Malaikat Izrail menangis atas
kematian Nabi Idris sambil memohon kepada Allah agar Allah
menghidupkan kembali Nabi Idris a.s.
Kemudian
Allah mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka Nabi Idris hidup
kembali. Malaikat Izrail bertanya kepada Nabi Idris as. “Hai saudaraku,
bagaimana rasanya sakaratulmaut itu?. Kata Nabi Idris a.s
“Sesungguhnya rasa sakaratulmaut itu saya umpamakan binatang yang hidup
itu dilapah kulitnya (dibuang kulitnya semasa hidup-hidup) dan
begitulah rasanya sakaratulmaut bahkan lebih seribu kali sakit.”
Kata
Malaikat Maut: “Secara halus dan berhati-hati aku mencabut nyawa yang
seperti itu selama-lamanya.” Kemudian Nabi Idris a.s berkata lagi pada
Malaikat Maut: “Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengan
engkau iaitu saya ingin melihat Neraka Jahanam sehingga saya boleh
beribadah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh setelah melihat
belenggu, rantai-rantai dan kala jengking yang menyengat orang-orang
yang ada di Neraka Jahanam.” Kata Malaikat Maut “Bagaimana saya boleh
pergi ke Neraka Jahanam tanpa izin Allah”.
Mala
Allah memberi wahyu kepada Malaikat Maut dengan firman: “Pergilah
engkau ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris a.s”. Malaikat Maut
pun pergi ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris kemudian Idris
melihat segala macam seksaan yang diciptakan Allah untuk musuh-musuhNya
yang berupa belenggu, rantai-rantai daripada neraka dan kala jengking
serta ular dengan api-api yang menyala dan kayu zakum dan air yang
sangat panas untuk diminum oleh ahli neraka tersebut. Setelah kembali
Nabi Idris berkata lagi kepada Malaikat Maut. “Hai Malaikat Maut, saya
ada keinginan lagi dengamu iaitu saya ingin melihat syurga sehingga
saya boleh tambah meningkatkan amal ibadah,” maka Malaikat Maut berkata
“Bagaimana boleh saya bersamamu ke dalam syurga tanpa izin Allah.”
Maka Allah memberi izin pada Malaikat Maut untuk pergi berdua dan
berhenti dekat pintu syurga.
Maka
Nabi Idris melihat di dalamnya nampak bermacam-macam nikmat dan istana
besar lagi indah dan beberapa anugerah yang berharga, juga
tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan yang beraneka warna dan rasanya
berbeza-beza. Nabi Idris berkata “Hai saudaraku, saya telah merasakan
sakitnya sakaratulmaut, saya telah melihat Neraka Jahanam yang
didalamnya bermacam-macam rupa seksaan dan azab neraka maka mohonlah
engkau kepada Allah agar Allah mengizinkan saya untuk masuk syurga dan
minum airnya agar hilang rasa sakitnya sakaratulmaut di tenggkorakku
ini dan juga terhindar daripada seksaan Neraka Jahanam.
Maka
Malaikat Izrail minta izin kepada Allah lalu mengizinkannya, kemudian
masuklah meraka berdua ke alam syurga lalu keluar. Kemudian Nabi Idris
masuk lagi ke dalam syurga dan meletakkan seliparnya di bawah pokok
kayu di dalam syurga. Maka Nabi Idris berkata kepada Malaikat Izrail
“Hai Malaikat Maut, selipar saya tertinggal didalam syurga di bawah
pokok kayu, maka kembalikanlah saya ke dalam syurga,” maka Nabi Idris
masuk ke syurga dan tidak mahu keluar lagi dari syurga. Maka
berteriaklah Malaikat Izrail memanggil Nabi Idris agar keluar dari
syurga. “Hai Idris, keluarlah engkau dari syurga.” Maka Nabi Idris pun
tidak mahu keluar Allah s.w.t telah berfirman “Tiap-tiap orang mesti
merasakan sakaratul maut, sedang saya sudah merasakan sakaratulmaut.
Dan Allah s.w.t berfirman lagi maksudnya: “Tidak ada diantara kamu
sekelian kecuali mereka itu memasuki (neraka/syurga) sedang aku pernah
memasuki neraka dan Allah pun juga berfirman lagi maksudnya: “Dan
tidaklah mereka itu dikeluarkannya”. (keluar daripada syurga).
“Siapakah yang mengeluarkan saya dari syurga” sedangkan Allah telah memberi wahyu kepada malaikat Maut.
“Tinggalkanlah
dia (Nabi Idris) sesungguhnya Aku telah memutuskan dia di zaman azali
dahulu bahawa sesungguhnya dia (Nabi Idris) tergolong ahli dan penghuni
syurga.”
Dan Allah telah berfirman kepada rasul-rasulNya tentang kisah Nabi Idris dalam firmanNya yang bermaksud.
“Dan ingatlah olehmu cerita-cerita dalam kitab Nabi Idris a.s dan seterusnya.”