By Unknown
Puisi Terakhir Imam Syafie
Puisi terakhir Imam Syafie ini dialunkan tatkala Imam Muzani
menziarahi beliau diwaktu beliau sedang sakit tenat, yang tidak lama kemudian
beliau menghembus nafasnya yang terakhir ditempat Imam Muzani menziarahinya
itu.
Sewaktu Imam Muzani bertanyakan khabar mengenai kesihatan
Imam Syafie, lantas Imam Syafie terus menangis dan bersyair. Syair ini begitu
syahdu dan meruntun hati bagi sesiapa yang mendengar. Sedangkan Imam Syafie
seorang imam besar boleh mengeluh dan risau keadaanya di akhirat nanti,
bagaimana pula dengan kita?
Renungankan bersama...
Renungankan bersama...
Puisi Terakhir Imam Syafie
إلـيــك إلـــه الـخـلـق
أرفــــع رغـبـتــي
Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk
akan harapanku
وإن كـنـتُ يــا
ذا الـمــن
والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi
dan Maha Pemurah
ولـمــا قـســا قـلـبـي
وضـاقــت مـذاهـبــي
Bilamana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku
جـعـلـت الـرجــا مـنــي
لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk
mengharapkan keampunanMu
فـمـا زلــتَ ذا
عـفـو عــن
الـذنـب لــم
تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa
yang berterusan ini
تــجــود و تـعــفــو
مــنـــة وتـكــرمــا
KurniaanMu dan keampunanMu adalah merupakan rahmat dan
kemuliaan
ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي
وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah
kepadaku
ولا زلــــت مـنـانــا
عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat
itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)
عـسـى مــن لــه
الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku
ويـسـتــر أوزاري ومــــا
قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu
فــإن تـعـف عـنــي
تـعــف عـــن
مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan
ظــلــوم غــشــوم لا
يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari
berhimpun kesedihan
و إن تنـتـقـم
مــنــي فـلـســت
بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan
berputus asa
ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي
بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam
neraka
فصيـحـا إذا مــا
كــان فـــي
ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati
Rabbnya
وفيما سواه في
الورى كان
أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia
membisu
يـقــول: حبـيـبـي أنـــت
سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah
tempatku meminta dan berharap
كـفــى بـــك للـراجـيـن
ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung
dan memohon
أصـــــون ودادي أن
يـدنــســه الـــهـــوى
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu
وأحــفــظ عــهــد الــحـــب
أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar
فـفـي يقظـتـي شــوق
وفــي غـفـوتـي
مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku
berharap
تــلاحــق خــطــوي نــشــوة
وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang
فـجـرمـي عـظـيـم مـــن
قـديــم وحــــادث
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini
وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد
أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah
lebih besar (agung) dan lebih muliaTUAN GURU HAJI AHMAD BIN ABDUL RAHMAN
SINOPSIS
Tuan Guru Haji Ahmad
bin Abdul Rahman berasal dari Pattani, Thailand dan mula berhijrah ke
Tanah Melayu sekitar awal 1880-an. Pada masa penghijrahannya, beliau
mencari rezeki dengan mengambil upah membajak sawah kepunyaan seorang
petani di kawasan Permatang Nibong, Permatang Pauh. Agak lama beliau
bekerja demikian sehingga beliau dikenali oleh kebanyakan orang kampung.
Ketokohan dan
ketinggian ilmu beliau mula dapat disedari oleh masyarakat distu apabila
beliau berjaya menyelesaikan beberapa masalah agama yang dibicarakan
penduduk. Kebijaksanaan Haji Ahmad dalam menyelesaikan beberapa isu
agama telah menjadi perbualan penduduk setempat sehingga beliau menjadi
sumber rujukan bagi sebarang hal ehwal agama.
Lantaran itu,
penduduk kampung bersepakat untuk mendirikan sebuah kawasan pengajian
kecil untuk kemudahan Haji Ahmad mengajar ilmu-ilmu agama kepada
penduduk sekitar. Niat murni itu telah membuatkan seorang individu dari
Alma untuk mewakafkan sebidang tanahnya di kampung Padang Lalang untuk
dijadikan tempat pengajian ilmu-ilmu agama.
Al-Fatihah.........
TUAN GURU HAJI AHMAD BIN TUAN HUSSIN (1906-1977)
SINOPSIS
Tuan
Guru Haji Ahmad atau nama sebenarnya Ni'matullah Ahmad bin Tuan Hussin.
Dilahirkan pada 17 Jun 1906 di Kampung Bohar, Mukim Titi Gajah Alor
Setar, Kedah. Pendidikan awal beliau di Sekolah Melayu Chourasta Pulau
Pinang, manakala Pendidikan Agama dan Bahasa Arab beliau belajar
daripada ayahandanya sendiri iaitu Tuan Hussin Kedah.
Setelah 7 tahun
berada di Bagan Ulu, keluarganya berpindah ke Sungai Limau Yan, Kedah.
Setelah itu beliau mengumpul wang sendiri untuk melanjutkan pelajaran ke
Mekah Al Mukaramah pada tahun 1923 hingga 1927. Sekembalinya beliau
dari Mekah beliau mengajar di kampung halaman sebelum berpindah ke Pokok
Sena Kepala Batas Seberang Perai sebuah Pusat Pengajian Pondok yang
didirikan oleh ayahandanya yang terkenal dengan “Madrasah Khairiah
Islamiah.” Beliau meneruskan usaha ayahandanya menerajui Madrasah
Khairiah Islamiah di kampung itu, pernah menjawat jawatan sebagai Kadi
Besar Pulau Pinang pada tahun 1965 hingga 1974, dan pernah dipilih
sebagai Ahli Parlimen Kawasan Kerian, Perak pada tahun 1955. Tuan Guru
Haji Ahmad meninggal dunia pada tahun 1977 ketika usia beliau 71 tahun.
Al-Fatihah........
TUAN GURU SYED SHEIKH AL-HADI (1867-1934)
SINOPSIS
Syed
Sheikh Al-Hadi adalah reformasi Islam ulung di Tanah Melayu yang
memainkan peranan penting dalam memajukan sistem pendidikan negara,
khususnya sistem agama.Tokoh berketurunan Arab yang lahir di Kampung
Hulu Melaka pada tahun 1867 ini dikenali sebagai pelopor yang
menyalurkan pemikiran dan falsafah perjuangan Kaum Muda.Madrasah
Al-Iqbal adalah madrasah yang pertama didirikan oleh Syed Sheikh Al-Hadi
bagi mengembangkan syiar Islam.Walau bagaimanapun, Madrasah Al-Iqbal
kurang mendapat sambutan di kalangan masyarakat Islam dan dipindahkan ke
Pulau Penyengat, Riau-Lingga.
Pada tahun 1916, Syed
Sheikh Al-Hadi kembali ke Melaka dan mendirikan Madrasah Al-Hadi di
Bandar Kaba pada tahun 1917.Syed Sheikh Al-Hadi yang mendapat pendidikan
agama dan akademik di Mesir menggunakan bahasa pengantar Arab di
madrasah itu.Ekoran daripada pelbagai masalah yang sering dihadapi
menyebabkan Syed Sheikh menutup madrasah itu tahun 1918.Pada tahun 1919,
beliau berhijrah ke Pulau Pinang.Perpindahan beliau ke Pulau Pinang
telah membuka lembaran baru kepada perjuangannya untuk mereformasikan
umat Islam menerusi aliran pembaharuan yang menggalakkan pemikiran
kritis di kalangan umat Islam.
Di Pulau Pinang, Syed
Sheikh Al-Hadi telah mendirikan Madrasah Al-Masyhor Al-Islamiyah, iaitu
pada tahun 1919.Syed Sheikh Al-Hadi kemudiannya menceburkan diri dalam
bidang penerbitan buku dan percetakan akhbar.Syarikat percetakan yang
dimiliki oleh Syed Sheikh Al-Hadi ialah Jelutung Press.Melalui syarikat
itu,beliau telah menerbitkan majalah bulanan Al-Ikhwan dan landasan
perjuangan Islam Syed Sheikh Al-Hadi tetap bertapak di Madrasah
Al-Masyhor.Antara pelajar lepasan madrasah itu termasuklah
Dr.Burhanuddin Al-Helmi,Haji Abu BakarAl-Shaari,dan Syeikh Abdullah
Magribi telah mendirikan Madrasah Idrisiah di Perak.Syed Sheikh Al-Hadi
meninggal dunia pada Februari 1934 di Pulau Pinang.
Al-Fatihah..........
TUAN GURU HAJI THALIB BIN HAJI PUTEH (1911-1984)
Pada tahun 1911
Masihi lahirlah seorang putera yang diberi nama Thalib @ Muthalib di
Kampung Sungai Semambu hasil perkahwinan Haji Puteh bin Haji Awang Chik
Man dengan Sheikh Maryam binti Syeikh Ahmad Kabir. Beliau mendalami ilmu
agama ketika usia 11 tahun di Pondok Tuan Guru Muhammad Taib, Kubang
Semang, ketika usia 16 tahun beliau berangkat ke Mekah mendalami Ilmu
Agama Islam kepada tokoh ulamak terkenal Melayu dan Arab selama 16
tahun.
Pada tahun 1941,
beliau pulang dari Mekah dan bertugas sebagai guru di Sekolah Arab
Masjid Kubang Semang dan kemudian mengajar di Madrasah Manabil Ulum.
Sifat warak dan amanah serta ketinggian ilmunya beliau dijodohkan
dengan Hajjah Maimunah binti Sheikh Othman Jalaludin, anak perempuan
gurunya yang juga pengasas Madrasah Manabil Ulum, Penanti. Setelah
sekian lama mengajar dan berbakti kepada masyarakat pada 14 Oktober 1984
beliau menyahut panggilan Ilahi menemui Allah ketika itu usianya 71
tahun.
Al Fatihah.........
SHEIKH HAJI ABDULLAH FAHIM (1869-1961)
SINOPSIS
Sheikh
Haji Abdullah dilahirkan di Tanah Suci Makkah al-Mukarramah pada tahun
1870 di satu tempat tidak jauh dari Masjid al-Haram yang bernama Shuib
Ali.Bapanya Sheikh Ibrahim bin Haji Tahir bermastautin di kota Mekah dan
menjadi guru agama di Masjid al-Haram.Tuan Guru Sheikh Haji Abdullah
Fahim pernah dilantik sebagai ahli lembaga Masjid al-Haram .Sewaktu
berada di Mekah, Tuan Guru Sheikh Haji Abdullah Fahim mengambil
kesempatan mempelajari ilmu politik Islam dan antarabangsa.Beliau
mempunyai kelulusan dalam lebih daripada 15 bidang ilmu Islam.Kemahiran
utama Tuan Guru Sheikh Haji Abdullah Fahim adalah dalam bidang ilmu
falak dan kesusasteraan Arab.
Selain itu, Tuan Guru
Haji Abdullah Fahim juga memiliki semangat jihad yang tinggi dan pernah
menyertai gerakan Islam di negara Arab untuk menentang penjajahan
Yahudi,Inggeris,Perancis dan Amerika Syarikat.Beliau telah mendirikan
rumah tangga dengan seorang gadis Melayu yang pernah tinggal di
Mekah.Hasil perkongsian hidup itu, beliau dianugerahi dua cahaya mata
iaitu Ahmad Ghazali dan Ahmad yang kemudiannya dikenali di Malaysia
dengan nama Ahmad Badawi, iaitu bapa kepada YAB Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi.
Pada tahun 1925, Tuan
Guru Haji Abdullah Fahim kembali semula ke kampungnya di Kepala Batas,
Pulau Pinang.Sekembalinya beliau meneruskan usaha untuk mengajar agama
kepada pelajar tempatan di anjung rumah pusakanya di situ.Sesudah
beberapa tahun di Perak, Sheikh Abdullah Fahim kembali ke Pulau Pinang
dan meneruskan semula kuliah agamanya di Masjid Kepala Batas sementara
menunggu siapnya sekolah agama yang baru didirikan dan dikenali sebagai
Daeratul Maarif al-Wataniah (DMW). Beliau meninggal dunia pada 27 April
1961 ketika usia 90 tahun.
Al-Fatihah..........
TUAN SYAIKH UTHMAN JALALUDDIN (1880-1952)
SINOPSIS
Tuan Syaikh Uthman
Jalaluddin yang masyhur sebagai seorang alim di Penanti, Bukit Mertajam.
Dilahirkan pada tahun 1880M di Kampung Panjang, Daerah Sering, Kota
Bharu, Kelantan. Beliau mulai belajar kitab jawi yang pertama kepada
Haji Jamal Perupok, kemudian belajar dengan mufti Haji Wan Muhammad di
Kota Bharu dan Haji Abdul Malik di Sungai Pinang. Selepas beberapa tahun
belajar di Kelantan, Syaikh Uthman melanjutkan pelajaran ke Mekah
selama 4 tahun. Setelah pulang dari Mekah beliau meneruskan pengajiannya
di pondok Tok Kenali dan beliau pernah menjadi pembantu Tok Kenali
dengan mengajar kitab-kitab fiqh kepada para pelajar. Selepas itu beliau
cuba membuka pondok di Pasir Kasar, Sering, Kampung Tapang dan di
Lepah, Bukit Abal, Pasir Puteh tetapi semuanya gagal dan tidak dapat
bertahan lama.
Berdasarkan
kegagalannya dalam usaha tersebut beliau cuba berbincang dengan gurunya
Tok Kenali yang memberi nasihat kepadanya supaya belajar lagi.Atas
nasihat tersebut, Syaikh Uthman berangkat pula ke Mekah bersama isteri
dan anaknya, tetapi isteri dan anak lelakinya yang dibawa bersama ke
Mekah itu meninggal dunia sebelum sempat mengerjakan haji.Selepas itu
beliau berkahwin pula dengan Hajjah Sara di Mekah dan dapat hidup aman
damai di sana di samping bersungguh-sungguh menjalankan tugas mengajar.
Dari Mekah Syaikh
Uthman bersama-sama keluarganya pulang ke Malaysia. Kepulangannya pada
kali ini membuatkan beliau terus ke Penanti, Bukit Mertajam dan tidak
lagi ke tempat asalnya Kelantan. Di Penanti beliau membuka Pondok di
atas tanah yang diwakafkan oleh sepasang suami isteri iaitu Haji Arshad
dan Hajjah Tijah. Pondok tersebut diberi nama Manabil Ulum
Wamatali'al-Nujum.Ertinya : (Tempat Terpancarnya Ilmu Pengetahuan dan
Tempat Munculnya Bintang-bintang).Pada tahun 1952 tugas mentadbir dan
mengajar di pondok itu diambil alih oleh Tuan Guru Haji Talib bin Haji
Puteh setelah Tuan Syaikh Uthman meninggal dunia di Mekah.
Al-Fatihah..........
TUAN HUSAIN MOHD NASIR AL-MAS'UDI AL-BANJARI (1863-1935)
SINOPSIS
Tuan Husain atau Tuan
Husain Mohd Nasir al-Masu'di al-Banjari.Beliau adalah seorang guru dan
pengarang kitab agama yang dihormati oleh masyarakat Islam di utara dan
Nusantara amnya.Tuan Husain dilahirkan di Titi Gajah,Kedah pada 20
Jamadilawal 1280H bersamaan 1863M.Asal usul keturunan Tuan Husain
sebenarnya dari Kelampaian, Martapura, Banjarmasin.Walau bagaimanpun,
nenek moyangnya sudah begitu lama berhijrah ke Kedah.Pada zaman
kecilnya, Tuan Husain dipelihara oleh datuknya, Haji Mohd Taib yang juga
ulama terkemuka di Kedah pada abad ke-19.Datuknya sendiri mengajar ilmu
agama dan bahasa Arab kepadanya. Menjelang usia 19 tahun, Tuan Husain
berjalan kaki ke Pattani untuk mendalami ilmu agama.Tuan Husain
kemudiannya berhijrah pula ke Kelantan.
Pada tahun
1883,beliau menumpang tongkang ke Terengganu.Tuan Husain sebenarnya amat
dahagakan ilmu.Ini menyebabkan beliau mengembara hampir ke seluruh
Nusantara.Dari Melaka beliau ke Medan dan Aceh. Beliau dijodohkan dengan
anak Penghulu Wahab yang bernama Jahara.Tuan Husain kembali ke Titi
Gajah untuk membantu datuknya mengajar agama.Tidak lama selepas
itu,isterinya pula meninggal dunia.Tuan Husain berkahwin pula dengan Wan
Khadijah Wan Jusoh.
Pada tahun 1892, Tuan
Husain melanjutkan pengajian di Mekah.Di Tanah Suci,beliau berguru
dengan Syeikh Nawawi Bintan, Ahmad Lingga.Kawan karibnya di Mekah ialah
Haji Muhammad Yusof Kelantan (Tok Kenali) dan Haji Wan Sulaiman Wan
Sidik (Pak Wan Sulaiman).Di antara muridnya yang muncul sebagai ulama
terkenal ialah Haji Abdul Rahman Haji Abdullah dan Haji Abdul Rahman
Merbok yang juga dikenali sebagai Datuk Mursyid Diraja Kedah.Seorang
lagi muridnya ialah Haji Ghazali Haji Arsyad,murid Sekolah Al-Irshadiah
Al-Diniyah, Bagan Datoh Perak.Syeikh Idris Al-Marbawi juga dikatakan
pernah berguru kepada Tuan Husain di Bohor.
Pada tahun
1887,beliau menghasilkan buku pertama,Al-Nur Mustafid fi Aqa'id Ahl
Al-Tauhid.Buku terakhirnya pula berjudul Bunga Geti.Tuan Husain juga
menghasilkan 18 buah kitab agama. Tuan Husain meninggal dunia pada 17
Zulkaedah 1354H bersamaan 1935M.Ketika itu beliau berusia 72
tahun.Jenazah Tuan Husain telah dikebumikan di Titi Gajah.
Al-Fatihah.........
TUAN GURU HAJI YUSOFF BIN HAJI SAAD (1918-1979)
SINOPSIS
Tuan
Guru Haji Yusoff bin Haji Saad dilahirkan di sebuah kampung bernama
Relau dalam Daerah Bandar Baharu Kedah Darul Aman pada tahun 1918 dan
ditakdirkan bertemu jodoh beliau dengan adik perempuan kepada sahabat
beliau iaitu Hajjah Kalsom binti Haji Putih.Antara pusat pengajian
terawal bagi beliau ialah Madrasah Idrisiyah, Bukit Chandan Kuala
Kangsar, Perak. Beliau kemudiannya menyambung pengajiannya di Pondok
Guar Chempedak Yan, Kedah Darul Aman.
Beberapa tahun
kemudian,beliau melanjutkan lagi taraf pendidikannya dengan memilih
sebuah sekolah pondok yang begitu masyhur di Pulau Pinang iaitu Madrasah
Daeratul Maarif Kepala Batas yang ketika itu dipimpin oleh Tuan Guru
Abdullah Fahim.Selepas itu beliau kemudian memilih sebuah lagi pusat
pengajian Pondok yang masyhur iaitu Madrasah Manabil Ulum
Wamataliu'nujum yang dipimpin oleh Tuan Guru Sheikh Osman Jalaluddin.Di
sinilah kewibawaan beliau mula terselah apabila Tuan Guru Sheikh Osman
Jalaluddin memberikan kepercayaan kepada beliau 'mengepalai' kumpulan
usrah dan muzakarah bersama-sama Tuan Guru Haji Talib bin Haji Putih
(abang ipar beliau).
Setiap pelajar
mempunyai impian untuk melanjutkan pengajian di gedung ilmu termasyhur
iaitu Makkah Mukarramah.Oleh itu selepas beliau tamat pengajian di
Madrasah Manabil Ulum beliau berkesempatan 'bermusafir' ke Makkah
Mukarramah untuk meneruskan pengajiannya selama dua tahun disamping
beroleh ilmu yang banyak.Pada tahun 1953, beliau telah membuka sebuah
pusat pengajian agama berteraskan Pondok yang diberi nama Madrasah
Irshad Al Ashraf Al Wataniah, terkenal dengan nama Pondok Sungai Bakap.
Al-Fatihah........
HAJI MOHD ZAIN BIN HAJI ABDUL RAHMAN (1883-1943)
SINOPSIS
Haji
Mohd Zain bin Haji Abdul Rahman dilahirkan di Kampung Paya Semambu
Relau, Kedah, pada tahun 1883.Anak sulung daripada 8 orang adik
beradik.Semasa kecil Haji Mohd Zain mempelajari ilmu Al-Quran dan agama
daripada ayahnya sendiri iaitu Haji Abdul Rahman bin Ateng, seorang imam
di Kampung Relau yang amat disegani.Daripada 4 orang anak lelaki Hj.
Abdul Rahman, Mohd Zain merupakan anak yang paling cerdik dan cepat
menerima ilmu yang diajar.Sebelum meningkat dewasa, beliau telah
dihantar belajar kepada beberapa orang tuan guru di sekitar utara negeri
Kedah.Paling lama beliau menuntut ialah di Pondok Kampung Pulau
Pisang, Kedah.Tidak diketahui disini siapakah guru-guru beliau ketika
itu.Setelah mendapat tauliah dan ijazah daripada beberapa orang gurunya
di Kedah, pada tahun 1924 beliau telah berhijrah ke negeri Melaka yang
bersejarah dan membuka sebuah sekolah pondok di Kampung Paya Rumput,
Alor Gajah yang diberi nama Madrasah Ad Diniah.Beliau telah berkahwin
dengan Puan Aishah binti Ismail dan mendapat 5 orang puteri.
Nama
Hj.Mohd Zain bin Hj. Abdul Rahman tercatat dalam sejarah Melaka antara 4
orang ulama masyhur yang membuka sekolah pondok.Selain daripada alim
dengan ilmu agama Hj. Mohd Zain juga mahir dengan beberapa ilmu
kebatinan, beliau cekap bermain senjata seperti keris dan tekpi. Beliau
juga mahir dengan ilmu penangkap.Pada bulan Safar 1352 bersamaan Jun
1932, Hj.Mohd Zain pulang ke Sungai Bakap dan membuka pondok Ad Diniah
Islamiah di Jalan Stesen dengan menggunakan nama pondok yang
ditinggalnya di Melaka.Pada malam Ahad 2 Safar 1362 bersamaan 7 Februari
1943, ketika menjelang subuh Tuan Guru Haji Mohd Zain pulang ke
rahmatullah.Walaupun telah meninggal, penyebaran ilmu dan dakwah
Islamiah berjalan terus dibawah pimpinan menantu sulung beliau iaitu
Tuan Guru Haji Shapee bin Haji Harun.
Al-Fatihah..........
TUAN GURU HAJI AHMAD BIN TUAN HUSSIN (1906-1977)
SINOPSIS
Tuan
Guru Haji Ahmad atau nama sebenarnya Ni'matullah Ahmad bin Tuan Hussin.
Dilahirkan pada 17 Jun 1906 di Kampung Bohar, Mukim Titi Gajah Alor
Setar, Kedah. Pendidikan awal beliau di Sekolah Melayu Chourasta Pulau
Pinang, manakala Pendidikan Agama dan Bahasa Arab beliau belajar
daripada ayahandanya sendiri iaitu Tuan Hussin Kedah.
Setelah
7 tahun berada di Bagan Ulu, keluarganya berpindah ke Sungai Limau Yan,
Kedah. Setelah itu beliau mengumpul wang sendiri untuk melanjutkan
pelajaran ke Mekah Al Mukaramah pada tahun 1923 hingga 1927.
Sekembalinya beliau dari Mekah beliau mengajar di kampung halaman
sebelum berpindah ke Pokok Sena Kepala Batas Seberang Perai sebuah Pusat
Pengajian Pondok yang didirikan oleh ayahandanya yang terkenal dengan
“Madrasah Khairiah Islamiah.” Beliau meneruskan usaha ayahandanya
menerajui Madrasah Khairiah Islamiah di kampung itu, pernah menjawat
jawatan sebagai Kadi Besar Pulau Pinang pada tahun 1965 hingga 1974, dan
pernah dipilih sebagai Ahli Parlimen Kawasan Kerian, Perak pada tahun
1955. Tuan Guru Haji Ahmad meninggal dunia pada tahun 1977 ketika usia beliau 71 tahun.
Al-Fatihah........
TUAN GURU HAJI SALLEH MASRI (1875-1971)
SINOPSIS
Haji Salleh Masri ialah Haji Salleh bin Baki.Dilahirkan di Kampung Rasah,Negeri Sembilan pada tahun 1875.Keluarganya berasal dari Tembusi, Sumatera.Ketika berusia tujuh tahun,beliau memasuki sekolah Melayu Bukit Nenas, Seremban.Selepas tiga tahun,beliau mula cenderung mempelajari ilmu agama.Pada tahun 1886, Haji Salleh Masri ke Sekolah Agama Bersilam, Langkat, Sumatera.Beliau berguru kepada Syeikh Abdul Wahab, ulama keterunan Arab yang masyhur di Sumatera.Menjelang tahun 1893, beliau pulang ke tanah air.Sesudah itu, beliau terus mendalami ilmu agama dengan berguru kepada Haji Zainal Abidin Al-Fatani( Haji Minal) di Madrasah Sungai Dua, Butterworth, Seberang Prai selama tiga tahun.Fakih Mohd Salleh berguru pula selama tiga tahun kepada Imam Ahmad di Madrasah Padang Lalang, Bukit Mertajam, Seberang Prai.Dengan mendapat galakkan daripada Imam Ahmad, Fakih Salleh akhirnya melanjutkan pengajian Islam di Mesir. Pemergiannya itu dibiayai oleh keluarganya sebanyak RM1,000.
Pada tahun 1899,beliau dikatakan antara anak Melayu yang pertama belajar di Al-Azhar.Ketika di universiti, Fakih Salleh pernah berguru kepada Syeikh Muhammad Khatib, iaitu pejuang islah ynag diutarakan oleh reformis Muhammad Abduh.Apabila bapanya meninggal dunia pada tahun 1903, Fakih Salleh mengambil keputusan pulang ke tanah air kerana orang yang menyara pembelajarannya tiada lagi.Seorang hartawan dari Bukit Mertajam,iaitu Haji Abbas Haji Othman bersedia untuk membantunya.
Pada tahun 1905, Fakih Salleh memperolehi Ijazah Alliyyah.Pada akhir tahun, apabila kembali ke tanah air, Fakih Salleh telah disambut dengan meriahnya di Pelabuhan Pulau Pinang.Akhirnya Fakih Salleh berkahwin dengan Hajah Saadiah Haji Abbas, iaitu anak kepada pembantunya ketika belajar di Mesir yang dianggap sebagai bapa angkatnya.Pada tahun 1906, Haji Salleh Masri menubuhkan Madrasah Al-Masriyah dan mentadbirkannya hingga tahun 1950 sebelum ke Mekah bagi kali kedua.Selepas itu,anaknya mengendalikan madrasah itu.Beliau meninggal dunia pada 30 Mei 1971 di Mekah.
Al-Fatihah.........
Sumber : http://tokoh1038.blogspot.com/